Harian Metro

Fama bakal bina pusat pengumpula­n

- Oleh Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Keluhan petani dan pekebun daerah ini dalam memasarkan hasil tani mereka dalam perhatian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama) Terengganu.

Ia termasuk desakan untuk mewujudkan pusat pengumpula­n setempat untuk semua produk segar terutama Duku Terengganu yang meletakkan daerah ini sebagai pengeluar terbesar negeri.

Pengarah Fama negeri, Muhamad Fadlee Hassan berkata, pihaknya bercadang membangunk­an pusat pengumpula­n buah itu di Kampung Tanjung Putat.

Katanya, ia akan dibangun di atas tanah berkeluasa­n 1.5 hektar yang boleh juga dijadikan pusat hasil pertanian terbesar negeri.

Menurutnya, ketika ini, Terengganu mempunyai 13 lokasi pengumpula­n duku dengan tujuh daripadany­a terletak di Hulu Terengganu.

“Keluasan tanah bagi tanaman Duku Terengganu keseluruha­nnya adalah 831.4 hektar manakala bagi Hulu Terengganu pula adalah 428.6 hektar iaitu separuh daripada tanaman duku negeri.

“Justeru, Fama bercadang mewujudkan pusat pengumpula­n dan pemasaran di daerah ini, memandangk­an daerah ini adalah pengeluar terbesar Duku Terengganu,” katanya.

Muhamad Fadlee berkata tahun lalu yang berakhir pada 31 Oktober, pihaknya membeli 450 tan metrik Duku Terengganu di seluruh negeri sebelum dipasarkan.

Katanya, pengeluara­n Duku Terengganu tahun lalu juga mencapai 3,734 tan metrik yang bernilai

RM6,721,000 dengan pengeluara­n buah itu di Hulu Terengganu mencecah 1,872 tan metrik (RM3,370,90).

Menurutnya,

Duku

Terengganu

adalah komoditi yang mempunyai jangka hayat pendek iaitu tiga hari dan waktu pungutan pada sebelah pagi perlu terus dihantar untuk dijual di pasaran pada sebelah petang.

“Justeru dengan wujudnya pusat pengumpula­n terbesar ini diharap dapat mempercepa­tkan proses berkenaan,” katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan keluhan petani dan pekebun dalam memasarkan hasil disebabkan ketiadaan pusat pengumpula­n setempat.

‘‘ Justeru, Fama bercadang mewujudkan pusat pengumpula­n dan pemasaran di Kuala Berang memandangk­an daerah ini adalah pengeluar terbesar Duku Terengganu”

Muhamad Fadlee

 ?? ?? LOKASI yang dicadangka­n Fama untuk dijadikan pusat pengumpula­n dan pemasaran Duku Terengganu di Kampung Tanjung Putat, Kuala Berang.
LOKASI yang dicadangka­n Fama untuk dijadikan pusat pengumpula­n dan pemasaran Duku Terengganu di Kampung Tanjung Putat, Kuala Berang.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia