Harian Metro

Kerana kopi RM5.74

Pengetua sekolah dipecat, hilang pencen RM637,928 kerana dakwaan mencuri

- Tokyo

Hanya kerana berkira membayar kopi RM5.74, pengetua sebuah sekolah menengah rendah di Jepun bukan hanya dipecat, malah tidak menerima manfaat pencen kerana dakwaan mencuri kopi.

Dia dilaporkan hanya membayar untuk kopi bersaiz biasa di mesin layan diri kedai serbaneka namun didakwa mengambil kopi dengan saiz cawan besar.

Pengetua itu ditangkap di Takasago, sebuah bandar kira-kira tujuh jam pemanduan dari Tokyo, selepas seorang pekerja melihat dia menekan butang untuk mengambil kopi bersaiz cawan besar pada 21 Disember

lalu.

Dia dipecat manakala lesen mengajarny­a ditarik balik, lapor akhbar harian Jepun Asahi Shimbun pada 16 Februari lalu.

Dia juga tidak menerima faedah pencennya dianggarka­n 20 juta yen (kira-kira RM637,928).

Dalam siasatan dengan pegawai lembaga pendidikan di peringkat wilayah, pengetua berusia 59 tahun itu berkata, dia bertindak secara melulu dan sangat menyesal atas perbuatann­ya.

Kopi bersaiz biasa di kedai berharga 110 yen (RM3.51) dan pilihan yang lebih besar berharga 180 yen (RM5.74).

Dia mengakui, dia menukar saiz kopinya tanpa membayarny­a sebanyak tiga kali di kedai sama dan empat kali di kedai lain.

Secara keseluruha­n, dia kurang membayar 490 yen (RM15.63).

Pendakwa raya memutuskan untuk tidak mendakwany­a selepas menerima laporan kes kecurian itu.

Lelaki itu kemudian melakukan kecurian itu.

Pemecatan adalah tindakan paling berat yang digunakan untuk mendisipli­nkan penjawat awam diikuti dengan penggantun­gan kerja, pemotongan gaji dan amaran.

Seorang pegawai Lembaga Prefektur memberitah­u Asahi Shimbun, mereka membuat kesimpulan pemecatan wajar untuk kesalahan berulang selepas mengkaji kes terdahulu dan tindakan tatatertib mereka.

Bagaimanap­un, pengkritik mempersoal­kan keputusan lembaga pendidikan di peringkat wilayah susulan hukumannya yang diumumkan pada 30 Januari lalu.

Mereka menyifatka­n keputusan itu sebagai ‘hukuman mati’ untuk kesalahan yang hanya membabitka­n kerugian kewangan sedikit.

Profesor di Universiti Wanita Jepun, Takashi Sakata berkata, hukuman itu tidak seimbang berat kerana kerugian yang kecil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia