Harian Metro

‘Jalan cerita’ tak seperti diharapkan

Pasukan negara goyah apabila tonggak direhatkan saat akhir

- Oleh Amirul Fazli Zulkafli sukan@hmetro.com.my

“Memang ya (pemain rasa gomelihat yah senarai pemain). Kita ambil contoh dalam bola seCristian­o pak yang ada Ronaldo atau Lionel Messi, apabila tiba-tiba tidak ada pasti ada kesan dan (berfikir) siapa mahu jaringkan gol.”

Begitu kata Pengarah Kejurulati­han Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky yang mengakui mental pesedimain negara kit goyah selepas terpaksa berhadapan dengan perubahan taktikal pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 menentang China, kelmarin.

Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorang­an utama negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong direhatkan susulan tidak berada dalam keadaan cergas sepenuhnya kerana difahamkan masing-makeakikes­ing mengalami sukaran bernafas bat resdung dan cederaan belakang.

“Perjalanan (di final) pasti ada tekanan kerana tidak boleh terlepas satu perlawanan (untuk sumbang mata) tidak kira perseorang­an mahupun beregu supaya tidak sampai ke set penentuan. Kalau sudah sampai

(set penentuan) kita boleh cakap segalanya tidak mustahil berlaku,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Setia City di sini.

Rexy berkata, tugas berat menanti kem badminton negara untuk bangkit kembali dan membaiki segala kekurangan yang ada agar dapat tampil lebih kuat dalam kejohanan seterus

nya.

Menurutnya, meskipun lafinal yak ke Kejohanan

Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, masih banyak yang perlu diperbetul­kan bagi menghadapi kejohanan besar Piala Thomas di Chengdu, China dari 28 April hingga 5 Mei depan.

Jelas Rexy, dengan masa yang ada, barisan jurulatih akan cuba melakukan persedian terbaik agar pasukan negara benar-benar berada di prestasi terbaik serta lebih bersedia di China nanti.

“Pasukan Malaysia memang kuat dan ada peluang jadi juara Piala Thomas tetapi sekarang tugas kita adalah bagaimana mahu menjadikan­nya lebih mantap. Ia memerlukan komitmen serta tanggungja­wab sebagai satu pasukan. “Kita tidak mahu hanya kelihatan kuat sahaja, sedangkan pada hakikatnya diibaratka­n seperti tong kosong yang berbunyi kuat sahaja. Ini yang perlu diperbaiki, termasuk semangat patriotik untuk bermain di Piala Thomas,” katanya.

Beliau mengharapk­an kerjasama jitu daripada barisan pemain terutama mereka yang dipanggil menyertai latihan kem kebangsaan dan dapat memberikan segalanya bagi pasukan negara.

Untuk mencapai kejayaan, pemain dan jurulatih perlu berganding bahu dan formula ini mampu membawa kejayaan.

“Pengalaman saya semasa di Thailand, ada (pemain) dari kelab dan skuad kebangsaan tetapi mereka tunjukkan komitmen cukup tinggi ketika melakukan persiapan untuk tugasan antarabang­sa. Saya bukan cakap benda itu tidak ada dalam pasukan (Malaysia), namun belum cukup sempurna.

“Menjadi juara itu bukan datang daripada saya tetapi pemain yang beraksi itu. Kita (jurulatih) hanya mampu bersuara dan beri arahan, namun yang mahu jadi juara siapa? Kalau tanya saya, saya memang mahukan gelaran juara,” katanya.

Ketika aksi final kelmarin, Malaysia kehilangan dua pemain perseorang­an lelaki negara iaitu Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong sekali gus menyaksika­n Malaysia gagal mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangi pada 2019 selepas tewas 0-3 kepada China.

“Jun Hao adalah merupakan satu revolusi kepada kita semua Norza

 ?? ?? ZII Jia tak dapat beraksi di final akibat masalah pernafasan.
ZII Jia tak dapat beraksi di final akibat masalah pernafasan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia