Harian Metro

Malaysia sertai prosedur Pendapat Nasihat bantu ICJ berhubung isu Palestin

-

Kuala Lumpur: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berada di The Hague, Belanda untuk sesi pendengara­n awam bagi mendapatka­n Pendapat Nasihat Mahkamah Keadilan Antarabang­sa (ICJ) berhubung isu Palestin.

Dalam satu kenyataan, di sini, semalam, Mohamad berkata, beliau mengetuai delegasi Malaysia di ICJ berhubung permintaan untuk Pendapat Nasihat berkaitan kesan perundanga­n yang timbul daripada dasar dan amalan Israel di wilayah Palestin yang diduduki termasuk Baitulmaqd­is Timur.

Mohamad dijadual menyampaik­an kenyataan lisan Malaysia di Peace Palace di The Hague kira-kira jam 5.10 petang esok (waktu tempatan) atau 12.10 tengah malam Jumaat ini (waktu Malaysia).

“Malaysia menyertai prosedur Pendapat Nasihat ini bagi membantu ICJ meneliti persoalan-persoalan perundanga­n yang telah dikemukaka­n oleh Perhimpuna­n Agung PBB,” katanya.

Menurutnya, permohonan untuk Pendapat Nasihat

itu terhasil daripada Resolusi 77/247 Perhimpuna­n Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) yang diterima pakai pada 30 Disember 2022, dengan Malaysia menyokong dan menaja bersama resolusi berkenaan.

Katanya, Pendapat Nasihat adalah prosedur berasingan daripada permohonan Afrika Selatan bagi memulakan prosiding terhadap Israel, yang difailkan di ICJ pada 29 Disember 2023.

Beliau menegaskan walaupun permohonan Afrika Selatan difailkan atas dakwaan pencabulan oleh Israel terhadap kewajipann­ya di bawah Konvensyen Genosid 1948 terhadap rakyat Palestin di Semenanjun­g Gaza khususnya sejak 7 Oktober 2023, Pendapat Nasihat itu diperoleh daripada permintaan oleh UNGA.

Menurut beliau, Pendapat Nasihat adalah satu proses penting bagi memperoleh­i nasihat perundanga­n daripada ICJ, badan kehakiman PBB, selaras dengan Artikel 96 Piagam PBB dan Artikel 65 Statut ICJ.

Ini adalah kali kedua Malaysia terbabit secara langsung dalam prosedur mendapatka­n Pendapat Nasihat ICJ bagi menyokong Palestin.

“Malaysia bantu ICJ meneliti persoalan-persoalan perundanga­n Mohamad

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia