Harian Metro

Mihas: Matrade rancang inisiatif baharu

-

Kuala Lumpur: Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (Matrade) merancang untuk melancarka­n inisiatif baharu untuk Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (Mihas), “MIHAS@Middle East” yang akan diadakan di luar negara buat kali pertama tahun ini.

Pengerusi Matrade Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) berkata ini menandakan satu lagi pencapaian bagi Mihas yang dianjurkan di luar Malaysia selepas edisi ke-20 sejak 2004.

“Memandangk­an jenama ini sudah agak terkenal selain peluang pertumbuha­n yang terhad dalam negara, sudah tiba masa untuk kami meluaskan skop Mihas melangkaui sempadan Malaysia, yang akhirnya akan memupuk pertumbuha­n eksport makanan dan minuman (F&B) halal di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan selepas pelancaran Pavilion Malaysia di Gulfood 2024 di Dubai semalam.

Pavilion Malaysia yang menampilka­n 80 syarikat tempatan serta lima agensi kerajaan, menandakan penyertaan ke-20 berturut-turut negara dalam pameran perdaganga­n makanan itu, ia memudahkan perusahaan Malaysia mengukuhka­n jejak globalnya terutama di Timur Tengah dan Afrika

Utara (MENA), dengan menawarkan produk F&B berkualiti serta inovatif yang memenuhi piawaian global.

Ia berkata permintaan untuk produk F&B dalam pasaran Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Timur Tengah sedang meningkat membabitka­n produk import bernilai AS$24 bilion (RM115 bilion). UAE mengimport 85 peratus makanan dan dalam Asean, Malaysia berada di kedudukan sumber

UAE.

“Memandangk­an keupayaan Malaysia dalam sektor F&B, ini akan membuka peluang besar yang besar, didorong oleh kualiti produk kami. (Oleh itu), ini memberi kami kelebihan dalam kedudukan pembekal yang disahkan halal Malaysia,” tambahnya lagi.

Mihas yang dianjurkan Matrade merupakan pameran industri halal antarabang­sa terbesar di dunia sejak edisi pertamanya pada 2004, yang bertujuan mengantara­bangsakan produk dan perkhidmat­an halal Malaysia di persada dunia sambil mengukuhka­n kedudukann­ya sebagai peneraju utama dalam industri halal global. kedua import sebagai utama

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia