Harian Metro

ANCAMAN SENYAP!

Kanser serviks adalah barah keempat paling kerap dikesan dalam kalangan wanita

- Oleh Fairul Asmaini Mohd Pilus asmaini@hmetro.com.my

Selain digelar bulan kasih sayang, pada Februari setiap tahun seluruh dunia turut menyambut Hari Kanser Sedunia.

Di Malaysia, kes kanser bukan asing lagi dan jumlah itu dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2040.

Kanser serviks atau pangkal rahim juga menjadi ancaman utama wanita di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ia adalah kanser keempat yang paling kerap dikesan dalam kalangan wanita dan kedua paling sering menyerang wanita berusia 44 tahun ke bawah di negara ini.

Pakar Perunding Onkologi Ginekologi dan Pakar Bedah Robotik, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr Thangeswer­an Ayakannu berkata, pengesanan awal dan pemeriksaa­n berkala penting jika berkaitan dengan kanser serviks.

Ini kerana ia adalah ancaman senyap yang menjejaska­n wanita di seluruh dunia dan pengesanan awal adalah kunci utama dalam kejayaan sesuatu rawatan.

Kata Dr Tangeswera­n, kanser serviks juga adalah satu satu daripada tiga jenis kanser ginekologi utama yang semakin meningkat, malah di negara ini.

Sebanyak 12.9 peratus kanser dalam kalangan wanita juga disebabkan oleh kanser berkenaan.

Katanya, menurut Pertubuhan Kesihatan

Sedunia (WHO), virus human papillomav­irus (HPV) ialah jangkitan seksual yang biasa menyerang kulit, kawasan kemaluan dan tekak.

“Jangkitan HPV yang berterusan pada serviks atau pangkal rahim jika tidak dirawat akan menyumbang kepada 95 peratus kanser berkenaan.

“Virus HPV ialah jangkitan meluas yang menjejaska­n lelaki mahupun wanita dan ia juga adalah punca utama kanser serviks atau pangkal rahim.

 ?? FOTO IHSAN DR THANGESWER­AN AYAKANNU DAN SUMBER FREEPIK ?? WANITA perlu mengenali tubuh mereka sendiri, pantau kitaran haid dan peka dengan sebarang ‘ketidakatu­ran’.
FOTO IHSAN DR THANGESWER­AN AYAKANNU DAN SUMBER FREEPIK WANITA perlu mengenali tubuh mereka sendiri, pantau kitaran haid dan peka dengan sebarang ‘ketidakatu­ran’.
 ?? ?? KANSER serviks adalah satu satu daripada tiga jenis kanser ginekologi utama.
KANSER serviks adalah satu satu daripada tiga jenis kanser ginekologi utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia