Harian Metro

Igor, Marin dalam radar lengkapkan kuota import TFC

-

kesediaan untuk menyertai skuad kendalian Tomislav Steinbruck­ner itu.

“Igor hampir pasti mengikut jejak penyerang kelahiran Croatia, Ivan Mamut untuk menyertai pasukan pada musim ini selepas dia menyatakan keterujaan untuk beraksi dalam Liga M.

“Selain pemain tengah berusia 30-an berkenaan, seorang lagi pemain yang dikenali sebagai Marin juga menyatakan minat untuk menyarung jersi TFC pada ini.

“Jadi kita akan tunggu dan lihat perkembang­an dalam masa terdekat sama ada Igor atau Marin yang bakal mengisi seorang lagi kuota pemain import pasukan. musim 2024/2025

“Surat tawaran sudah diberikan kepada dua pemain itu serta kelabnya dan kini hanya menunggu pengesahan daripada mereka, tapi kita akan menandatan­gani salah seorang daripada dua pemain itu kerana pada musim ini

TFC hanya akan mengambil enam tonggak import.

“Harap peminat bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi bagi memastikan perjalanan untuk mengikat salah seorang pemain itu berhasil dan selepas semuanya selesai kita akan perkenalka­n secara rasmi,” jelas sumber itu ketika ditemui, semalam.

Setakat ini, TFC sudah menandatan­gani lima pemain import iaitu Nurillo Tukhtasino­v (Uzbekistan),

Ismaheel Akinade (Nigeria), Argzim Redzovic (Montenegro), Matthew Steenvoord­en (Belanda) dan juga penyerang kelahiran Croatia, Mamut.

Musim lalu TFC mengikat pemain tengah kelahiran Croatia, Domagoj Pusic, tetapi pemain mirip wajah penyerang Perancis, Karim Benzema itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum kontrak ditamatkan berikutan masalah prestasi hingga kerap memanaskan bangku simpanan.

“Harap peminat bersabar dan tidak membuat sebarang spekulasi bagi memastikan perjalanan untuk mengikat salah seorang pemain itu berhasil dan selepas semuanya selesai kita akan perkenalka­n secara rasmi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia