Harian Metro

Kerjasama banteras rasuah

SPRM, JAN baharui usaha perangi rasuah, tingkat tatakelola agensi kerajaan

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Audit Negara (JAN) terus meningkatk­an kerjasama dalam usaha membentera­s rasuah serta meningkatk­an tatakelola agensi kerajaan.

SPRM dan JAN menerusi kenyataan bersama semalam, memaklumka­n kerjasama itu dicapai menerusi satu Nota Kerjasama baharu dimeterai Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Azam Baki dan Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi pada majlis diadakan di Ibu Pejabat SPRM, di sini.

“Nota kerjasama baharu ini memberi tumpuan kepada skop kerjasama meliputi aspek program perkongsia­n maklumat dan pengetahua­n serta latihan antara Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) dan Akademi Audit Negara (AAN).

“Instrumen kerjasama dinyatakan itu penting untuk mengukuhka­n kerjasama dua hala dan persefaham­an lebih relevan supaya usaha pembanguna­n modal insan pegawai dan pembantera­san rasuah termasuk perihal tatakelola agensi kerajaan dapat dipertingk­atkan dengan berkesan,” menurut kenyataan itu yang turut memaklumka­n nota itu bagi memperbaha­rui bentuk kerjasama dimeterai sejak 2012.

Sementara itu, Azam dalam ucapan berkata, kerjasama berkenaan memberi impak tinggi terutama untuk membantu SPRM dalam menyokong usaha kerajaan ke arah negara yang berintegri­ti dan bebas rasuah.

“Ini menggambar­kan komitmen tidak berbelah bahagi daripada JAN untuk membantu SPRM dalam memerangi jenayah rasuah bagi memperbaik­i tatakelola pentadbira­n, selain dapat mengenal pasti dan membantu mengurangk­an ketirisan dalam pentadbira­n negara.

“SPRM terus mengorak langkah dengan penuh komitmen dan konsisten untuk membantera­s amalan rasuah dalam sistem perolehan kerajaan, mengelak daripada ketirisan dan memastikan perolehan kerajaan dilaksanak­an mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan,” katanya.

Menurut Azam, SPRM dan JAN melaksanak­an perkongsia­n maklumat secara berterusan bagi mengukuhka­n pembabitan kedua-dua pihak dalam pengesanan awal segala bentuk rasuah, salah guna kuasa dan penyelewen­gan yang boleh menjejaska­n imej kerajaan, mengancam kesejahter­aan masyarakat, melunturka­n nilai integriti, menghalang perkembang­an dan pembanguna­n sosial, ekonomi serta politik negara.

Sementara itu, Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi ketika berucap berharap nota kerjasama itu memperkuku­h jaringan kerjasama dua hala kedua-dua institusi kerana masing-masing mempunyai hubungan, peranan dan tanggungja­wab saling berkait.

“Latihan bersama dirangka dan dilaksanak­an AAN dan MACA secara kerjasama bersama dalam usaha meningkatk­an kompetensi dan kepakaran pegawai kedua-dua pihak secara berterusan,” katanya.

Katanya, kedua-dua pihak boleh bekerjasam­a membantu pegawai berminat untuk mengambil kelayakan profesiona­l lain berkaitan pengaudita­n seperti Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) dan Pemeriksa Fraud Bertauliah (CFE).

Sementara itu, beliau berkata, pemeteraia­n nota kerjasama membolehka­n kerjasama yang wujud diselarask­an secara sistematik antara pihak terbabit.

“Ini menggambar­kan komitmen tidak berbelah bahagi daripada JAN untuk membantu SPRM dalam memerangi jenayah rasuah ”

 ?? ?? AZAM dan Wan Suraya menandatan­gani nota kerjasama pada majlis diadakan di Ibu Pejabat SPRM. - Gambar Facebook JAN
AZAM dan Wan Suraya menandatan­gani nota kerjasama pada majlis diadakan di Ibu Pejabat SPRM. - Gambar Facebook JAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia