Harian Metro

Lelaki jejak pemilik not RM50 bertulis ‘Duit last ayah bagi’

-

Pekan: ‘Duit last (terakhir) ayah bagi. 11/5/20 (11 Mei 2020), Al-Fatihah’. Itu tulisan ringkas tertera pada not wang kertas RM50 yang mengusik hati lelaki ini yang juga pemiliknya.

Wang kertas tertera nota tanpa nama dan lokasi itu diperoleh Mohd Azfarul Sufi Zainol Akmar, 35, selepas dia mengeluark­an duit di mesin juruwang automatik (ATM) di stesen minyak di Gambang, petang Isnin lalu.

Mohd Azfarul Sufi berkongsi gambar wang kertas itu di akaun Facebook (FB) miliknya, Tuah Lim yang mendapat perhatian netizen apabila menyifatka­n ia mempunyai nilai dan amat bermakna kepada pemilik asalnya.

Pekerja swasta itu berkata, dia hanya menyedari tulisan berkenaan ketika mengeluark­an wang daripada poket seluar selepas pulang ke rumah di Felda Chini, di sini.

Katanya, dia juga mengakui sebak membaca nota pada wang kertas itu.

“Pada mulanya saya sangka nota itu hanya ada nama saja dan tak sangka nota itu ‘tanda’ ingatan seorang anak kepada bapanya.

“Saya tahu wang itu pasti mempunyai kenangan sangat mahal kepada pemilik asal apatah lagi ia ditulis wang itu pemberian terakhir bapa.

“Jika melihat pada tarikh ditulis ketika itu negara berhadapan musim Covid-19, tetapi saya tidak tahu bila wang itu digunakan namun yakin individu itu tak lepaskan ia tanpa katanya, di sini.

Katanya, tidak mungkin ada individu sanggup menulis pada wang kertas apatah ia mempunyai nilai RM50 kecuali mempunyai kenangan tersendiri dan diberikan insan tersayang dalam hidupnya.

“Mungkin wang itu terpaksa digunakan ketika dia dalam keadaan terdesak. Sebab itu saya tergerak hati berkongsi gambar wang itu di FB dan berniat mencari pemilik sebenarnya.

“Saya fikir mungkin perkongsia­n di FB terutama apabila hantaran itu tular berjaya menemui pemilik asal supaya dapat menyerahka­n semula wang berkenaan kerana kenangan itu mahal terutama membabitka­n ibu bapa kita,” katanya.

Katanya, dia sedia menyerahka­n wang itu, tetapi mahu memastikan ia diserahkan kepada pemilik sebenar yang menulis nota kenangan berkenaan. sebab,”

“Saya tahu wang itu pasti ada kenangan sangat mahal kepada pemilik asal Mohd Azfarul

 ?? ?? MOHD Azfarul Sufi memperoleh not RM50 ini selepas mengeluark­an wang di ATM di stesen minyak di Gambang.
MOHD Azfarul Sufi memperoleh not RM50 ini selepas mengeluark­an wang di ATM di stesen minyak di Gambang.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia