Harian Metro

KPDN jalankan siasatan

-

Johor Bahru: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor menyiasat aduan minuman panas berharga RM15.90 di sebuah restoran di Kota Tinggi di sini.

Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Lilis Saslinda Pornomo berkata, pemeriksaa­n dilakukan pada 18 Februari susulan aduan tular di media sosial berkaitan milo panas mahal di restoran di sebuah resort di Desaru.

Menurutnya, susulan itu sepasukan penguat kuasa KPDN Kota Tinggi, Johor ke premis berkenaan.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati premis itu adalah sebuah restoran di dalam kawasan hotel yang menyediaka­n pelbagai pilihan makanan dan minuman termasuk air minuman milo panas.

“Hasil pemeriksaa­n juga mendapati setiap pengunjung atau pelanggan diberikan menu makanan dan minuman berserta harga,” katanya.

Lilis Saslinda berkata, harga di dalam menu didapati adalah jelas dan tidak mengeliruk­an.

Beliau berkata, bagaimanap­un Notis Bertulis (NB) di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 diserahkan kepada restoran dan diarah untuk beri maklum balas kepada KPDN dalam tempoh yang ditetapkan bagi membolehka­n siasatan lanjut dilaksanak­an selepas ini.

“Premis berkenaan diberikan tempoh untuk kemukakan penjelasan iaitu kita memberi ruang untuk mereka untuk menjelaska­n berkaitan harga.

“Isu harga munasabah atau tidak belum timbul di sini selagi pengusaha premis tidak menyerahka­n nota bertulis.

“Selepas nota bertulis itu dikemukaka­n, KPDN akan menjalanka­n siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Ahad lalu, seorang pelanggan terkejut selepas sebuah restoran di pusat peranginan di Johor didakwa mengenakan harga ‘cekik darah’ untuk secawan milo panas yang dipesannya.

Menerusi resit bayaran yang dikongsi Emoncs Tay, secawan milo panas dikenakan caj RM15.90 dan ia perlu membayar RM47.40 bagi tiga cawan minuman itu.

Selain itu, sekeping roti canai telur yang dipesannya pula dikenakan caj RM12.90, manakala sekeping tose pula berharga RM10.90.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia