Harian Metro

Hun Haqeem diarah bayar RM613,950 kepada Metrowealt­h

-

Kuala Lumpur: “Hun Haqeem kena bayar balik kerugian dialami syarikat.”

Demikian kata penerbit, Datuk David Teo yang berkongsi mengenai kemenangan­nya atas kes pelanggara­n kontrak membabitka­n bekas artis di bawah syarikatny­a itu.

Katanya, mahkamah memutuskan supaya Hun membayar ganti rugi RM613,950 kepada syarikat milik David, Metrowealt­h.

“Pada 27 November 2023, Mahkamah Rayuan membuat sidang virtual dan memutuskan rayuan kami dibenarkan berhubung liabiliti dengan kos RM15,000.

“Keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan kes ini, dia (Hun) kena kembalikan ganti rugi RM613,950 dengan syarat, saya buktikan semua kos kerugian.

“Mahkamah mengetepik­an perintah Mahkamah Tinggi untuk bayar balik tunggakan RM30,240,” katanya.

Menurut David, Mahkamah Shah Alam pada awalnya memutuskan kes ini selesai tanpa menang atau kalah, namun pihaknya membuat rayuan.

“Jadi, permulaan adalah di Mahkamah Shah Alam yang mengatakan, tak ada menang dan tak ada kalah. Jadi, dia tak perlu bayar ganti rugi dan saya pun tak menang. Jadi, sebab itu kami buat rayuan.

“Sekarang, dia perlu pulangkan jumlah pertama iaitu RM30,240. Itu jadi duit syarikat. Dengan tambahan yang kami buktikan semua resit, dia kena bayar RM613,950,” katanya.

Hun yang setakat ini baru membayar separuh daripada jumlah pertama, menamatkan kontrak pada 2021 dan berbaki lebih kurang dua tahun.

“Kontrak sepatutnya lima tahun. Dia keluar pada 2021 dan tinggal baki lebih kurang dua tahun lebih. Waktu itu, namanya sedang ‘meletup’.

“Sebab itu kerugian jadi besar. Kalau dia keluar waktu baru masuk, tak ada kerugian sebab kami tak labur banyak. Tapi, ini dah labur, sebab itu banyak tawaran kerja dia batalkan. Bila batal, jadi kerugian. “Sampai sekarang, dia baru pulang separuh daripada jumlah RM30,240. Kalau dia gagal bayar, secara automatik, dia diisytihar­kan muflis,” katanya.

David menegaskan Hun adalah artis pertama di bawah syarikatny­a dibawa ke mahkamah dan mengikut jalan undang-undang walaupun isu perlanggar­an kontrak bukan isu baharu.

“Sebenarnya, sepanjang menjadi syarikat merekrut artis, ada beberapa artis pernah buat begini. Tapi, sebab nama mereka tak terlalu popular, kami bagi saja peluang.

“Kalau dia keluar waktu baru masuk, tak ada rugi sebab kami tak labur banyak. David

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia