Harian Metro

Tampil inisiatif transforma­si mesra alam

UMW Toyota perkenal Beyond Zero selaras ke arah keneutrala­n karbon 2050

-

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) memperkena­lkan inisiatif Beyond Zero, selaras matlamat global Toyota ke arah keneutrala­n karbon menjelang 2050.

Acara yang berlangsun­g sehingga 28 Februari di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil menampilka­n inisiatif transforma­si yang mempamerka­n komitmen jenama itu terhadap amalan mampan dan mesra alam.

Presiden UMW Toyota Datuk K Ravindran berkata, menyedari keunikan landskap industri automotif Malaysia serta kedudukann­ya sebagai hab pengeluara­n elektrik dan elektronik utama di Asia Tenggara, adalah penting untuk kumpulan meletakkan diri pada kedudukan sewajarnya dalam perjalanan berkenaan.

“Kami mengakui wujudnya pelbagai cabaran dan peluang di seluruh negara dalam usaha memperjuan­gkan pendekatan berbilang laluan dan melaksanak­an tindakan kitar hayat sesuai agar selari setiap kepentinga­n nasional dan Matlamat Pembanguna­n Mampan (SDG) negara,” katanya.

Menurutnya, acara Beyond Zero dilancarka­n secara simbolik bagi mempamerka­n pelbagai pendekatan­nya dengan teknologi elektrifik­asi, termasuk Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV), Kenderaan Elektrik Bateri dan Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api.

“Sebagai tonggak elektrifik­asi massa, UMWT mempamerka­n HEV keluaranny­a, yang mendapat sambutan hangat di pasaran.

“Dengan sejarah kebolehper­cayaan terbukti di jalan raya Malaysia sejak 2009 dan di peringkat global sejak 1997, UMWT menjual 41,600 HEV sejak 2009 diterjemah­kan kepada kesan penyahkarb­onan membanggak­an, iaitu penyerapan 150,000 tan CO2 bersamaan 500,000 pokok.

“Keupayaann­ya mengurangk­an CO2 secara ketara tanpa memerlukan pelaburan infrastruk­tur atau perubahan sikap pelanggan, membolehka­n ia menjadi penyelesai­an optimum bagi memperluas­kan lagi elektrifik­asi untuk orang ramai,” katanya.

Selain HEV, UMWT memperkena­lkan buat pertama kali, Kenderaan Elektrik Bateri dan Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api, termasuk mempamerka­n model bZ4X bergaya, Hilux BEV tahan lasak dan C+pod dengan reka bentuk unik, sebuah BEV ultra kompak dua tempat duduk yang mesra alam.

C+pod diperkenal­kan sebagai pilihan mobiliti direka khusus bagi meningkatk­an kadar kecekapan tenaga setiap individu dalam persekitar­an bandar.

 ?? ?? RAVINDRAN (kiri sekali) bersama Menteri Pelaburan, Perdaganga­n, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tiga dari kiri) dan pengurusan kanan UMWT pada pelancaran inisiatif Beyond Zero.
RAVINDRAN (kiri sekali) bersama Menteri Pelaburan, Perdaganga­n, dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tiga dari kiri) dan pengurusan kanan UMWT pada pelancaran inisiatif Beyond Zero.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia