Harian Metro

Beri penghormat­an terakhir

- Oleh Mohd Roji Kawi mdroji@bh.com.my

Ribuan rakyat Sarawak dari pelbagai lapisan masyarakat hadir di Kompleks Dewan Undangan Negeri (Dun) di sini, semalam, bagi memberi penghormat­an terakhir kepada bekas Yang di-Pertua Negeri, Allahyarha­m Tun Abdul Taib Mahmud.

Keranda membawa jenazah Abdul Taib tiba di Atrium, Dun Sarawak pada jam 7.50 pagi semalam dengan turut diiringi isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Turut mengiringi, empat anaknya, Jamilah Hamidah Taib, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib, Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib dan Datuk Hanifah Hajar Taib serta ahli keluargany­a yang lain.

Orang ramai mula berkumpul di pekarangan kompleks Dun itu seawal jam 8 pagi semalam manakala pemimpin negeri dan Persekutua­n tiba bermula jam 9 pagi.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg tiba kira-kira jam 9.25 pagi dengan diiringi Setiausaha

Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Pemimpin negeri lain yang hadir memberi penghormat­an terakhir ialah tiga Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah

Embas, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Turut hadir, Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahter­aan Masyarakat, Dato Sri

Fatimah Abdullah, Menteri Pengangkut­an, Datuk Seri Lee Kim Shin dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala.

Selain itu, turut kelihatan Menteri Kabinet Persekutua­n antaranya Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang.

Selepas penghormat­an terakhir di kompleks Dun, jenazah dibawa ke Masjid Demak Jaya pada jam 11.30 pagi.

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah turut berada di Masjid Demak Jaya, bagi memberi penghormat­an terakhir kepada Bapa Pemodenan Sarawak itu.

Selain itu, 12 laras meriam diletakkan sepanjang jalan dari Dun ke Masjid Demak dengan sebanyak 87 das tembakan meriam dilepaskan oleh Rejimen Ke-8 Artileri Diraja.

 ?? ?? JENAZAH Tun Abdul Taib dibawa keluar dari Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak selepas Istiadat Penghormat­an negeri untuk dibawa ke Masjid Demak untuk solat jenazah dan istiadat pengebumia­n negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya, Kuching.
JENAZAH Tun Abdul Taib dibawa keluar dari Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak selepas Istiadat Penghormat­an negeri untuk dibawa ke Masjid Demak untuk solat jenazah dan istiadat pengebumia­n negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia