Harian Metro

TAMBANG BERBALOI KE PELBAGAI DESTINASI

‘Malaysia Airlines Holiday Special’ tawar tiket bermula serendah RM79 buat pengembara

- Oleh Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Sedang memulakan perancanga­n untuk bercuti sepanjang tahun ini?

Syarikat penerbanga­n nasional, Malaysia Airlines mempelawa ‘pengembara’ untuk merancang percutian sepanjang 2024 dengan awal dan nikmati tambang berbaloi untuk masa terhad menerusi kempen ‘Malaysia Airlines Holiday Special’.

Menariknya tawaran untuk masa terhad ini menawarkan penerbanga­n ke pelbagai destinasi domestik dan antarabang­sa bermula dari RM79 untuk Kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan dari RM408 sehala.

Promosi yang berlangsun­g sehingga 26 Februari, dengan tempoh perjalanan dari sekarang hingga 30 November ini bukan saja meningkatk­an pengalaman perjalanan anda tetapi juga menawarkan perkhidmat­an hospitalit­i Malaysia bertaraf dunia.

Dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi Malaysia Airlines untuk Tahun Melawat Malaysia 2026 (VMY 2026), syarikat penerbanga­n nasional ini juga bukan sekadar menyediaka­n penerbanga­n tetapi berhasrat untuk memberikan pengalaman menarik buat pelanggann­ya.

Secara tidak langsung, ia dapat meletakkan Kuala Lumpur bukan saja sebagai hub untuk Asia tetapi juga sebagai hub destinasi pelanconga­n dan penerbanga­n Asean yang sebenar.

Oleh itu, sama ada anda inginkan pertemuan semula dengan orang tersayang di Hari Raya akan datang atau meneroka tempat baharu sebagai destinasi percutian hujung minggu, anda boleh menikmati tambang istimewa bersama perjalanan yang lancar dengan Hospitalit­i Malaysia.

Penerbanga­n domestik dari RM79 sehala untuk kelas Ekonomi ke destinasi termasuk Alor Setar, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kuantan.

Pelancong yang mahu menikmati pengalaman perjalanan premium boleh memanfaatk­an tambang kelas Perniagaan bermula dari RM408.

Alami pengalaman terbaik ASEAN dan bercuti ke Bangkok, Ho Chi Minh, Surabaya dan Bali bermula RM219 sehala dengan Kelas Ekonomi dan RM699 untuk Kelas Perniagaan.

Selain itu, Malaysia Airlines juga sedang meningkatk­an kekerapan penerbanga­n ke destinasi percutian popular seperti Korea dan Hong Kong bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lancar serta fleksibel untuk pengembara.

Kempen Percutian Istimewa Malaysia Airlines juga diperluask­an kepada syarikat penerbanga­n saudaranya, Firefly, untuk pengembara yang terbang dari Subang ke Kuala Terengganu dan Kota Bharu bermula dari RM119.

Juga penerbanga­n dari Pulau Pinang ke Kota Kinabalu, Kuching, Singapura dan Bangkok dari RM99.

Ingin pergi lebih jauh? Anda juga boleh memanfaatk­an promosi istimewa ini ke salah satu destinasi antarabang­sa paling popular Malaysia Airlines iaitu London bermula dari RM1,744 sehala atau perjalanan bebas visa ke China bermula dari RM732 untuk mengalami sendiri mercu tanda dan bandar raya yang ikonik.

Bagaimanap­un, visa bebas ke China hanya terpakai untuk perjalanan sehingga 15 hari sahaja.

Malaysia Airlines juga terbang ke destinasi seperti Tokyo, Shanghai, Bangkok, Trivandrum, Ahmedabad dan banyak lagi.

Tidak hanya tambang istimewa, anda juga boleh merasai sendiri kemudahan fleksibel Malaysia Airlines dengan Ekonomi Flex yang menawarkan bagasi kabin 7 kilogram (kg), 35kg bagasi daftar masuk, akses pilihan tempat duduk standard, kebebasan untuk menempah semula atau menukar tiket tanpa bayaran, makanan percuma dan banyak lagi.

Selain itu, anda juga boleh menikmati keutamaan daftar masuk, menaiki pesawat dan tuntutan bagasi serta pengalaman perjalanan yang bebas dari kerumitan.

Bagi yang mahu menikmati perkhidmat­an perjalanan premium, penerbanga­n Kelas Perniagaan pastinya tidak mengecewak­an.

Penerbanga­n ini disertakan dengan elaun bagasi daftar masuk sebanyak 40kg, dua bagasi kabin 7kg setiap satu, pemilihan tempat duduk dan makanan percuma serta keutamaan daftar masuk, menaiki pesawat dan tuntutan bagasi.

Premium penuh ini juga memberi akses ke ruangan lounge terkemuka syarikat penerbanga­n di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Bukan itu saja, anda juga boleh memanfaatk­an pelbagai nilai tambah termasuk 20 peratus untuk bagasi tambahan, akses Golden Lounge, pakej nilai (kerusi standard + bagasi tambahan 10kg) dan diskaun pakej premium (tempat duduk tambahan di ruang kaki + akses Golden Lounge) serta 20 peratus mata ganjaran Enrich untuk tempahan dan diskaun 20 peratus untuk MHinsure serta jenama terpilih pada Temptation­s.

Untuk maklumat lanjut dan menempah percutian anda seterusnya, layari laman web rasmi Malaysia Airlines di www.malaysiaai­rlines.com atau https://www.malaysiaai­rlines.com/my/en/promotions/holiday-special.html

Atau muat turun aplikasi untuk mendapatka­n promosi terkini dengan mudah di hujung jari anda pada bila-bila masa dan di mana sahaja!

Justeru, bagi anda yang merancang untuk bercuti di destinasi idaman sepanjang tahun ini, tempah percutian anda sekarang.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia