Harian Metro

Ibu bapa tidak restu kahwin

-

Kuala Lumpur: Kurang birokrasi, proses mudah dan pantas membuatkan pasangan muda yang mempunyai masalah bernikah di Malaysia nekad menghalalk­an hubungan mereka di negara jiran.

Wanita dikenali sebagai Hana, 26, berkata, dia memutuskan bernikah di sebuah wilayah di Thailand tahun lalu selepas ibu bapanya tidak merestui hubunganny­a dengan suami, penghujung tahun lalu.

“Kami bernikah sebab suka sama suka, masing-masing bujang, bukan sebab poligami, tetapi ibu dan ayah saya tetap tidak restu hubungan kami.

“Walaupun sudah ikhtiar macam-macam untuk pujuk dan ambil hati orang tua saya, mereka tetap tidak dapat terima suami.

“Kami cuma insan biasa, jadi bagi menghalalk­an hubungan, kami nekad bernikah ke Thailand dengan harapan semoga suatu hari nanti hati orang tua saya lembut menerima pernikahan kami,” katanya.

Katanya, bagi memudahkan urusan pernikahan dan mengelak ditipu sindiket pernikahan palsu, mereka menggunaka­n khidmat ejen sah mengendali­kan urusan terbabit selepas diperkenal­kan seorang kenalan.

“Alhamdulil­lah, kami dibimbing daripada awal sehingga sijil pernikahan kami disahkan pihak berkuasa negeri,” katanya.

Sementara itu, pekerja swasta, Daniel, 25, pula berkata, dia dan isteri memilih bernikah di Thailand kerana urusan lebih mudah serta proses permohonan bernikah di tanah air berdepan masalah dokumentas­i.

“Ramai orang ingat bernikah di Thailand saja sebab poligami, tetapi sebenarnya banyak isu lain.

“Seperti kes saya dan isteri pula, ia tidak memenuhi salah satu syarat permohonan apabila sijil nikah ibu bapa kandung isteri saya hilang sebab sudah lebih 30 tahun mentua saya bernikah.

“Tanpa dokumen itu ia menyukarka­n kami bernikah dalam Malaysia, jadi kami terpaksa bernikah di Thailand kerana urusannya lebih mudah dan cepat,” katanya.

Paling bermakna katanya, kedua-dua keluarga bukan hanya merestui hubungan, malah turut hadir menyaksika­n pernikahan mereka di negara jiran, tahun lalu.

“Kami bernikah sebab suka sama suka, masing-masing bujang, bukan sebab poligami, tetapi ibu dan ayah saya tetap tidak restu hubungan kami”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia