Harian Metro

‘Nampak sweet tapi cabarannya banyak’

-

Kuala Lumpur: Kurang matang dan ‘cinta itu buta’ antara faktor golongan remaja perempuan sanggup berkahwin awal dan menjadi isteri kedua kepada pasanganny­a.

Pakar Motivasi Keibubapaa­n dan Keremajaan, Mohd Fairuz Abu berkata, faktor itu menyebabka­n golongan masih mentah itu tidak memikirkan kesan termasuk sanggup mengetepik­an keluarga sendiri.

“Kalau fikir logik kenapa ada budak perempuan yang sampai sanggup jadi isteri kedua, padahal kamu muda lagi? Mungkin ada rupa dan berpendidi­kan, tetapi kenapa masih lagi memilih jalan seperti ini?

“Saya nampak ini boleh berlaku mungkin faktor keremajaan (tidak matang) atau faktor cinta itu buta yang tidak fikir kacau atau rosakkan rumah orang lain.

“Tidak dinafikan mungkin juga terpengaru­h dengan content memaparkan kemesraan berlebihan bila berkahwin yang kadangkala memberikan inspirasi kepada remaja kononnya berkahwin itu seronok sedangkan kahwin ini satu tanggungja­wab, amanah dan tidak semudah itu kerana banyak cabarannya,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai golongan muda terutama remaja perempuan sanggup berkahwin tangga awal dan memilih menjadi isteri kedua.

Mengulas lanjut, Mohd Fairuz berkata, peringkat usia muda seumpama itu seharusnya diisi dengan komitmen lain terutama mengejar ilmu.

“Kalau usia muda belum lagi betul-betul diuji dalam dunia ini, saya rasa kahwin awal ini bukan satu pilihan baik.

“Saya hendak nasihatkan anak muda lelaki dan perempuan supaya belajar dulu, sebab kalau berkahwin awal memang mulanya nampak seronok dan sweet tetapi cabarannya banyak,” katanya.

“Kalau fikir logik kenapa ada budak perempuan yang sampai sanggup jadi isteri kedua, padahal kamu muda lagi? Mungkin ada rupa dan berpendidi­kan, tetapi kenapa masih lagi memilih jalan seperti ini?”

 ?? ?? MOHD Fairuz
MOHD Fairuz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia