Harian Metro

Bomba periksa flat sekitar ibu kota

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Satu pasukan khas ditubuhkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur bagi memeriksa tahap keselamata­n kebakaran perumahan awam (PA) di sekitar pusat bandar.

Pengarah JBPM Kuala Lumpur Muhammad Salleh Abdul berkata, sebanyak 122 blok perumahan berusia lebih 30 tahun akan diperiksa menerusi Op Sri PA yang bermula semalam hingga 29 Februari.

Menurutnya, seramai 70 pegawai dan anggota dibahagika­n kepada empat pasukan yang akan menjalanka­n pemeriksaa­n secara serentak setiap hari selama lapan hari.

“Usaha ini dilaksanak­an susulan kes kebakaran membabitka­n lima unit rumah di tingkat 17, Blok 70 Flat Sri Sabah yang berlaku pada 11 Februari lalu.

“Kita (JBPM) merangka satu tindakan proaktif bagi mengelakka­n kejadian sama berulang dengan pemeriksaa­n keselamata­n kebakaran terhadap perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berusia lebih 30 tahun.

“Sebarang penemuan atau kelemahan yang ditemui akan dimaklumka­n kepada DBKL dan pihak pengurusan.

“Hasil laporan itu, tindakan segera akan diambil oleh pihak bertanggun­gjawab,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Task Force Op Sri PA di Flat Sri Sabah, Cheras di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Eksekutif (Pembanguna­n Sosioekono­mi) DBKL, Ismadi Sakirin.

Mengulas lanjut, Muhammad Salleh berkata, penubuhan task force itu bertujuan memastikan perumahan awam memenuhi keperluan minimum keselamata­n kebakaran dan sistem pepasangan keselamata­n kebakaran sedia ada berfungsi serta berada dalam keadaan baik.

Malah, katanya, ia juga bagi memastikan penambaika­n dalam aspek keselamata­n kebakaran berdasarka­n peruntukan undang-undang dan kesiapsiag­aan penghuni dalam menghadapi sebarang insiden.

 ?? ?? ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur melakukan pemeriksaa­n penggunaan hos pili memadam kebakaran selepas pelancaran Pelaksanaa­n Taskforce Ops Sri PA Pemeriksaa­n Perumahan Awam DBKL di Flat Sri Sabah, Cheras. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD
ANGGOTA Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur melakukan pemeriksaa­n penggunaan hos pili memadam kebakaran selepas pelancaran Pelaksanaa­n Taskforce Ops Sri PA Pemeriksaa­n Perumahan Awam DBKL di Flat Sri Sabah, Cheras. - Gambar NSTP/AIZUDDIN SAAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia