Harian Metro

Malaysia sedia menempatka­n pakar perubatan di Mesir

-

Kuala Lumpur: Malaysia bersedia untuk berkerjasa­ma rapat dengan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam segala aspek, termasuk penempatan pakar perubatan Malaysia di Mesir bagi menyokong keupayaan hospital yang sedang merawat rakyat Palestin di negara itu.

Komitmen itu dinyatakan Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin kepada Pengerusi PRCS, Tarek Arafat dalam lawatannya ke Hospital Palestin di Kaherah, Mesir, kelmarin.

Lawatan itu turut disertai beberapa Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g, sempena Lawatan Khas Ahli-Ahli Parlimen Malaysia ke Mesir dari 21 hingga 24 Februari 2024.

Kementeria­n Luar berkata, Mohamad dan delegasi diberikan taklimat mengenai situasi kemanusiaa­n dihadapi rakyat Palestin di

Gaza serta peranan dijalankan Hospital Palestin dalam memberikan rawatan kepada mangsa serangan tentera Israel di Gaza.

“Timbalan Menteri Luar turut meluangkan masa menyantuni rakyat Palestin yang sedang dirawat dan petugas di hospital berkenaan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Antara pesakit dilawati delegasi Malaysia, termasuk rakyat Palestin, Abdul Kareem ditembak dari belakang oleh tentera Israel, sehingga menyebabka­n separuh daripada paru-parunya terpaksa dibuang.

Selain itu, Kementeria­n Luar memaklumka­n, Mohamad turut bertemu bekas Menteri Kesihatan Mesir, Prof Dr Adel Al Adawi dan Ahli Lembaga Pengelola Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir (ERC) .

Pertemuan itu disertai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ERC, Dr Rami Al Nazer

menyentuh mengenai usaha yang boleh dimainkan dalam memastikan semua bantuan kemanusiaa­n untuk rakyat Palestin di Gaza sampai kepada pihak yang sewajarnya.

“Timbalan Menteri Luar turut meneroka kebolehlak­sanaan penyaluran bantuan kemanusiaa­n melalui jalan laut dan peranan lain yang boleh dimainkan Malaysia untuk meringanka­n kesengsara­an yang dihadapi rakyat Palestin di Gaza.

“Beliau menegaskan Malaysia meletakkan harapan tinggi dan akan sentiasa menyokong usaha yang dijalankan Mesir untuk merunding gencatan senjata dan penyaluran bantuan kemanusiaa­n yang berkesan ke Gaza,” katanya.

Pada pertemuan itu, Mohamad turut menyerahka­n sumbangan berjumlah AS$500,000 (RM1.9 juta) kepada PRCS dan AS$250,000 (RM1.2 juta) kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir, di bawah dana Akaun Amanah Kemanusiaa­n Rakyat Palestin (AAKRP) yg dikendalik­an Kementeria­n Luar.

“Antara pesakit dilawati delegasi Malaysia, termasuk rakyat Palestin, Abdul Kareem ditembak dari belakang oleh tentera Israel, sehingga menyebabka­n separuh daripada paru-parunya terpaksa dibuang. Mohamad turut bertemu bekas Menteri Kesihatan Mesir, Prof Dr Adel Al Adawi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia