Harian Metro

‘Selidik dulu latar belakang ulama’

-

Georgetown: Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor meminta umat Islam terutama di negeri ini supaya tidak terlalu taasub dengan dakwaan seseorang itu kononnya daripada nasab Rasullulla­h SAW .

Beliau juga menasihatk­an mereka supaya menyelidik terlebih dahulu latar belakang seseorang ulama atau kumpulan bawaannya supaya tidak mudah menjadi mangsa tipu individu atau kumpulan yang berkepenti­ngan, sambil mengingatk­an keturunan mulia tidak memberi sebarang manfaat kepada seseorang jika dia adalah seorang yang tidak taat kepada hukum dan ajaran agama seperti yang disampaika­n “Saya menyokong nasihat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar) supaya masyarakat mengelak daripada sikap taasub secara buta tuli kepada seseorang yang mendakwa sebagai keturunan Nabi Muhammad. “Sikap taasub sedemikian menyebabka­n fikiran seseorang tertutup daripada melihat kebenaran,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memantau kegiatan seorang lelaki mendakwa warganegar­a Maghribi yang dikenali dalam kalangan pengikutny­a oleh

Rasulullah. sebagai Mawla Amin yang mengaku mempunyai jalur keturunan ke-38 daripada Nabi Muhammad.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, kira-kira dua tahun lalu lelaki yang digelar Mawla al-Amin itu pernah dibawa oleh pengkutnya ke Pulau Pinang dan beliau turut dijemput untuk hadir bersama dalam satu majlis selawat Nabi.

Pada mulanya beliau menyatakan persetujua­n untuk hadir ke majlis itu, namun kemudian membatalka­nnya selepas meragui kesahihan bahawa dia adalah daripada keturunan Rasulullah berdasarka­n maklumat diperoleh daripada pelajar Malaysia di Maghribi yang tahu latar belakang individu berkenaan.

“Sikap taasub sedemikian menyebabka­n fikiran seseorang tertutup daripada melihat kebenaran Dr Wan Salim

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia