Harian Metro

HANYA BAYAR MAS KAHWIN

Sepuluh pasangan pendapatan kurang RM4,500 sebulan dinikahkan dalam satu majlis khas

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

“Alhamdulil­lah, inilah memori paling indah buat saya dan pasangan apabila YB Menteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama Islam, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar) yang menikahkan saya.” Begitu luahan gembira, Muhamad Adnan Abdullah, 52, apabila dia bersama pasanganny­a, Siti Mardiyah Mansor, 41, disatukan pada Program Akad Nikah Rahmah 2024 di Masjid Wilayah Persekutua­n, semalam.

Muhamad Adnan tidak menyangka dia serta pasanganny­a dipilih dan hanya mengetahui perkara itu beberapa hari sebelum majlis akad nikah itu.

“Pihak pejabat menteri (Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri) ada menghubung­i saya serta pasangan untuk meminta izin serta memberitah­u bahawa jurunikah kami pada majlis hari ini (semalam) adalah YB Menteri.

“Alhamdulil­lah, saya tidak gugup, sekali lafaz saja sah saya dan pasangan bergelar suami isteri, ini adalah nikmat paling indah dikurniaka­n oleh Allah SWT,” katanya.

Muhamad Adnan adalah orang kurang upaya (OKU) apabila tangan kirinya lumpuh akibat kemalangan yang berlaku pada 1989.

Berkongsi nasihat disampaika­n Mohd Na’im, dia disarankan supaya menumpukan sikap toleransi antara pasangan.

“YB Menteri juga menasihatk­an bahawa semua masalah boleh diselesaik­an dengan berbincang secara hikmah antara suami dan isteri.

“Saya juga amat berterima kasih kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (Jawi) yang menganjurk­an majlis ini serta rakan strategik lain.

“Niat baik untuk mendirikan rumah tangga dikurniaka­n dengan 1,001 nikmat yang tidak terhingga pada hari ini,” katanya.

Pada majlis berkenaan, 10 pasangan dengan pendapatan kurang RM4,500 sebulan dinikahkan dalam satu majlis khas.

Difahamkan, pasangan yang berkahwin hanya perlu membayar mas kahwin saja manakala pelamin, jamuan makan dan cincin disediakan oleh rakan strategik Jawi.

Sementara itu wakil penaja, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, pihaknya berharap penganjura­n seperti itu akan menjadi contoh kepada orang lain dalam membantu pasangan mendirikan rumahtangg­a.

Katanya, dengan adanya seperti itu, secara tidak langsung ia dapat meringanka­n beban pasangan dan keluarga mereka dalam menganjurk­an majlis perkahwina­n.

“Kos dapat dijimatkan apabila buat secara beramai-ramai. Jamuan serta pengurusan majlis juga ditaja. Kita harap ia menjadi ibadat yang diberkati bukan saja kepada pengantin, tetapi semua pihak terbabit,”katanya.

 ?? ?? DR Mohd Na’im (kanan) menikahkan Muhamad Adnan dengan pasanganny­a Mardiyah Mansor ketika program Majlis Akad Nikah Rahmah 2024 di Masjid Wilayah Persekutua­n.
DR Mohd Na’im (kanan) menikahkan Muhamad Adnan dengan pasanganny­a Mardiyah Mansor ketika program Majlis Akad Nikah Rahmah 2024 di Masjid Wilayah Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia