Harian Metro

‘DUIT KOTOR’ RM1 BILION

Jumlah rampasan harta alih dan tidak alih dibuat SPRM dalam tempoh 3 tahun lalu

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim dan Muhaamad Hafis Nawawi am@hmetro.com.my

“Kaedah pelapisan iaitu proses pencucian wang yang membabitka­n proses membuat pelbagai lapisan transaksi”

“Integrasi iaitu peringkat akhir di mana hasil pencucian itu berjaya disatukan ke dalam ekonomi sebagai aktiviti yang sah”

Dalam tempoh tiga tahun sejak 2020, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita lebih RM1 bilion membabitka­n aset jenis harta alih dan harta tidak alih mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin berkata, sitaan itu membabitka­n aset seperti hartanah, rumah, akaun bank, kereta mewah, akaun krypto dan lain-lain. “Dalam tempoh 2020 hingga 2023, terdapat 119 kertas siasatan didengan buka 95 tangdibuat. kapan “Menerusi siasatan itu, RM1,064,716,840.30 nilai aset dari jenis harta alih dan harta tidak alih disita mengikut AMLATFPUAA 2001. “Terdapat pelbagai jenis individu yang disiasat mengikut AMLATFPUAA 2001 dan antara kategori pekerjaan individu terbabit adalah bekerja sendiri, penjawat awam dan sektor swasta.

“Manakala lingkungan usia paling muda yang dituduh adalah dalam lingkungan 25 hingga 29 tahun,” katanya kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Mohamad Zamri berkata, siasatan ke atas proses pengubahan wang haram dijalankan secara menyeluruh.

“Hasil pengubahan aktiviti haram itu dijalankan melalui tiga peringkat iaitu pertama, kaedah penempatan di mana dana haram dipisahkan dari sumber haram dan dimasukkan ke sistem kewangan.

“Keduanya, kaedah pelapisan iaitu proses pencucian wang yang membabitka­n proses membuat pelbagai lapisan transaksi dan ketiganya, integrasi iaitu peringkat akhir di mana hasil pencucian itu berjaya disatukan ke dalam ekonomi sebagai aktiviti yang sah,” katanya.

Menurutnya, pihaknya menjalanka­n siasatan mengikut undang-undang, akta, prosedur dan garis panduan yang sedia ada bagi memastikan tindakan dilaksanak­an dengan lancar dan teratur.

Mengulas pembabitan VIP dan tokoh politik dalam pengubahan wang haram, beliau berkata, terdapat pembabitan golongan ini dalam kes yang disiasat oleh SPRM namun identiti mereka tidak boleh didedahkan selagi pertuduhan belum dilaksanak­an.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia