Harian Metro

Memang salah kami!

- Oleh Noorazura Abdul Rahman am@hmetro.com.my

Penganjur Choii Undergroun­d Music Tour Kedah 2.0 memohon maaf kepada kerajaan negeri berikutan penganjura­n konsert pada Sabtu lalu.

Menerusi akaun TikTok Faris Azrii, pemuda itu mengakui kesilapann­ya yang terlepas pandang tentang konsert di malam Nisfu Syaaban.

“Apa yang berlaku ini memang tidak membabitka­n mana-mana badan kerajaan dan memang salah kami.

“Hari ini saya buat kesilapan dan saya mohon maaf kepada kerajaan negeri Kedah yang benarkan kita jalankan program di sini tetapi kita melanggar dengan apa yang tidak sepatutnya kita buat di bumi Kedah, saya betul-betul mohon maaf kepada kerajaan Kedah,” katanya, kelmarin.

Menurutnya, perbuatan anak muda melompat dan terkinja-kinja ketika konsert berlaku pada hari Jumaat dan bukannya pada malam Nisfu Syaaban.

“Tentang isu terkinja-kinja dan melompat-lompat itu juga saya mohon maaf kerana saya membawa hip-hop ke bumi Kedah tapi ini kejadian pada hari Jumaat bukan Sabtu.Tapi kita juga adakan konsert dan itu kesalahan di pihak kami juga,” katanya.

Beliau berkata, sebagai anak muda yang terbabit dalam dunia usahawan, dia juga tidak terlepas dengan kesilapan yang dilakukan secara tidak sengaja.

Katanya, ia adalah program kedua diadakan dengan konsert selepas Pulau Pinang.

Malah, dia turut menjelaska­n, sebelum konsert itu diadakan pihaknya menganjurk­an program selawat selama hampir sejam.

Katanya, program itu akan diadakan di Terengganu selepas ini dan tiada sebarang konsert diadakan, melainkan malam berselawat, ceramah dan tazkirah.

Terdahulu, media melaporkan penganjura­n Choii Undergroun­d Music Tour

Kedah 2.0 yang mencetuska­n kontrovers­i kerana membabitka­n kelakuan terkinja-kinja anak muda di Taman Jubli Emas di sini, pada Jumaat dan Sabtu tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Mansor Zakaria berkata, kerajaan negeri tidak pernah menerusi mana-mana agensi di bawah pentadbira­nnya memberi permit atau kelulusan untuk konsert itu diadakan.

 ?? ?? PENGANJURA­N Choii Undergroun­d Music Tour Kedah 2.0 mencetuska­n kontrovers­i kerana tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri.
PENGANJURA­N Choii Undergroun­d Music Tour Kedah 2.0 mencetuska­n kontrovers­i kerana tidak mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia