Harian Metro

‘Suka watak jahat Pa’at’

Hisyam terbuka terima kritikan peminat dalam filem La Luna

- Oleh Zaara Talita am@hmetro.com.my

Melakonkan watak Pa’at menerusi naskhah La Luna, pelakon Hisyam Hamid berpendapa­t, orang ramai bebas menyatakan pandangan masing-masing terhadap filem sentuhan pengarah asal Singapura, M Raiham Halim itu.

Hisyam, 38, menjelaska­n terbuka dan menghormat­i pandangan sesetengah pihak terhadap filem berkenaan yang menjadi bualan hangat kerana mengandung­i unsur lucah atau soft porn selain dianggap memperleke­hkan agama Islam.

“Apa yang boleh saya katakan setiap karya mempunyai perspektif berbeza. Penonton ada ideologi mereka tersendiri. Jadi saya hormat setiap pandangan masyarakat mengenai filem ini.

“Sejujurnya ketika kali pertama saya terima tawaran menjayakan filem ini, apa yang saya lihat watak sendiri. Saya sangat tertarik dengan watak ditawarkan kerana saya jarang dapat peranan antagonis.

“Jalan cerita mungkin ada unsur sensitif, sebab itu filem ini ndapat klasifikas­i 16 tahun ke atas apabila ditayangka­n di pawagam. Tapi bila ditayangka­n dalam platform pensriman (OTT) Netflix, baru La Luna menjadi perhatian dan mengundang pelbagai reaksi,” katanya.

Biarpun tidak melakonkan adegan berunsur lucah, Hisyam tidak menafikan turut terpalit kerana menjadi sebahagian pelakon yang menjayakan filem berkenaan.

“Sebenarnya pelbagai komen saya terima. Ada positif dan ada negatif. Watak saya sebagai Pa’at, seorang suami kaki pukul menerima banyak komen positif.

“Cuma ada netizen yang kecam apabila cakap filem ini tidak bermanfaat dan mempersend­akan agama. Tapi bagi saya, sebenarnya ada mesej positif yang boleh kita lihat menerusi La Luna. Cuma daripada segi penyampaia­nnya kena lebih berhati-hati,” katanya.

Terdahulu, La Luna yang turut membabitka­n pelakon Shahiezy Sam, Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Nadiya Nisaa, Nam Ron dan Farah Ahmad dikritik apabila penonton mendakwa filem mengandung­i unsur lucah ringan dan memperleke­hkan agama.

La Luna mengisahka­n Hanie (Sharifah Amani) yang membuka kedai pakaian dalam bernama La Luna di Kampung Bras Basah.

Kehadiran Hanie diterima baik masyarakat, namun ditentang hebat ketua kampung (Wan Hanafi Su) yang mahu memusnahka­n perniagaan itu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia