Harian Metro

REBUT TAKHTA ALI2023

15 karya pop, rock, hip hop anak tempatan bersaing capai gelaran juara Paling menarik adalah hadiah wang tunai terkumpul RM36,000 menanti lagu yang bakal dinobatkan sebagai juara pada pentas akhir nanti

- Oleh Ramlah Zainal am@hmetro.com.my

Penganjura­n edisi keempat, Anugerah Lagu Indie 2023 (ALI2023) menyaksika­n sebanyak 15 lagu dari tiga kategori iaitu genre pop, rock dan hip hop bersaing merebut gelaran juara di pentas akhir berlangsun­g di Spacerubix, Puchong pada 7 Mac ini.

Menurut Penerbit Eksekutif ALI, Ahmed Faris Amir, 15 lagu terbaik dari tiga kategori itu dipilih daripada 626 penyertaan serta lebih 11,000 undian awam yang diterima sejak Julai tahun lalu.

Katanya, sejak penganjura­nnya pada 2020, ALI masih kekal meraikan pelbagai sempadan runut dan komposisi.

“Sebanyak 15 lagu yang diumumkan itu layak bertanding dan membuat persembaha­n pada pentas akhir ALI2023 nanti,” katanya pada majlis pengumuman senarai penuh Top 5 anugerah terbabit.

Hadir sama, Penerbit Eksekutif bersama ALI,

Jennifer Thompson.

Mengenai kelainan pula, kata Ahmed

Faris, tahun keempat penganjura­n, ALI2023 tampil dengan pengisian lebih mantap dan konsisten untuk memperkasa perjuangan komuniti seni muzik indie berbakat dalam kalangan anak tempatan.

Katanya, beberapa kelainan disuntik dalam penganjura­n kali ini dengan memperkena­lkan kategori lagu terbaik di bawah genre pop, rock dan hip hop.

Katanya, selain penambahan kategori, ALI2023 juga menambah baik format pemarkahan membabitka­n sebanyak 30 peratus undian awam daripada atas talian dan 70 peratus pemarkahan dari juri profesiona­l.

“Paling menarik adalah hadiah wang tunai terkumpul RM36,000 menanti lagu yang bakal dinobatkan sebagai juara pada pentas akhir nanti,” katanya.

Jennifer pula berkata, senarai lagu yang disenarai pendek sebagai finalis ALI2023 dipilih berdasarka­n aspek kualiti lagu berkenaan.

Katanya, lagu yang dipilih dan dicalonkan juga mempunyai lirik dan muzik yang asli.

“Semua lagu yang diterima dipilih berdasarka­n markah yang diberikan oleh juri profesiona­l iaitu sebanyak 70 peratus dan melalui undian awam di laman web sebanyak 30 peratus,” katanya.

Sementara itu, lima lagu yang disenaraik­an dalam Top 5 kategori hip hop terbaik adalah

Ice Cold Castle (artis

Yung Kai, Nakalness, Akkimwaru/komposer & penulis lirik Jeffery Chong, Ooi Chen Chun, Ammar Ariff & Danish Hakimi); Candy Mind (

Sya komposer & lirik Sya & Senna); Selain itu, LXF ( LXF /komposer & lirik Sabbala, RAHHH5KAKI, Issa GoodMusic JAYMHD7, A.D.K., Zemo, Benzooloo, Danye, Rebel Asia & DJ Ruckes); Gard O Gard (53 Universe, komposer & lirik, Uzayr Muhammad & Jeffrey Affandy); Mimpi Untuk Semalam (Slatan & Jaystation, Quai/komposer Dafreakina­z, Jaystation, Quai/ lirik Jaystation &

Quai).

Bagi kategori pop terbaik pula ialah Pura (komposer & lirik Fatin Faizal); Pembunuh Malam artis Lunar/ komposer & lirik Hazeeq Hilman & Muhd Haziq); Stargazing (komposer & lirik Odelia Tirza); Luka (komposer & lirik Lily Jannah) dan Derana (Heidi & Ruang Hati/ komposer dan lirik Syahir Cherpen).

Manakala lima lagu yang mara dalam kategori rock terbaik adalah Jiwa (Takhta Milik Kita), Akta/ komposer Aimran, Faz, Adry, Shahril/lirik Shahril Redzwan); In The Haze ( Math Class/komposer Chia Shock Hong, Bryan Lu/ lirik Chia Shock Hong)

Tidak ketinggala­n mara ke pentas akhir ialah Inti Sari (Zerophobia/ komposer Hayzeeq Iman, Daniel Aswad & Harith Zikry/Hayzeeq Iman & Daniel Aswad); Terra Luna (komposer Crazy Grizzly/ lirik Mustika Sari) dan Souled Out (komposer/ lirik Vota).

ALI2023 turut mendapat sokongan Kementeria­n Belia dan Sukan, Gaya Hidup Rakan Muzik serta Rakan Muda.

AHMED FARIS

beberapa pendekatan dan pengetahua­n kepada penulis baharu untuk mereka mengambil tahu tujuan serta hala tuju sekiranya hasil karya ini mampu menjadikan­nya sebagai kerjaya penulis lirik Malaysia.

“Disamping itu juga, Kopstar dalam masa sama mengalu-alukan peserta baharu menjadi ahli kami,” katanya.

Antara yang mengambil bahagian dalam program ini adalah Salman

Shariff (komposer dan penulis lirik), Marlin Parabakara­n (penyanyi dan komposer), Zulkifli Mohamad @ Zack Kool (penyanyi dan pelakon), Rosli Selasih (komposer), Mohammad Raziff (MSA), Nami Harez (MSA), Juliana Aminah (penulis), Ito Lara (penulis lirik), Mohd Nizam Radzaly (Pustakawan Semenyih) dan Wahidah A Manan (penulis baru).

 ?? FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM ?? BARISAN finalis Top 5 Anugerah Lagu Indie 2023 pada majlis pengumuman di Spacerubix, Puchong, Selangor.
FOTO HAIRUL ANUAR ABD RAHIM BARISAN finalis Top 5 Anugerah Lagu Indie 2023 pada majlis pengumuman di Spacerubix, Puchong, Selangor.
 ?? ?? AHMED Faris dan Jennifer selaku penerbit bersama ALI2023.
AHMED Faris dan Jennifer selaku penerbit bersama ALI2023.
 ?? ?? SALMAN turut mengambil bahagian.
ROYCE (duduk tengah) bersama peserta yang terbabit program BKNSK.
HABSAH (kanan) tampil sebagai panel penganalis­is irik.
SALMAN turut mengambil bahagian. ROYCE (duduk tengah) bersama peserta yang terbabit program BKNSK. HABSAH (kanan) tampil sebagai panel penganalis­is irik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia