Harian Metro

Lakonan kurang mantap...

Lelaki pura-pura jadi mangsa selepas bunuh drebar lori di kedai kopi ditahan

- Oleh Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

Serang dan bunuh seorang pemandu lori, namun kemudian berpura-pura turut menjadi mangsa dalam kejadian pembunuhan kejam di kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai di sini, Ahad lalu.

Lakonan suspek berusia 31 tahun itu gagal memperdaya polis yang bertindak menahan suspek di pekarangan Hospital Kulim di sini, jam 1 tengah hari kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim, Deputi

Superinten­dan Safuan Mohd Noor berkata, hasil siasatan mendapati suspek tidak mengaku terbabit dalam kejadian serangan terhadap mangsa berusia 27 tahun itu.

“Suspek memaklumka­n dia turut dicederaka­n oleh seseorang menggunaka­n pisau sewaktu berada di depan kedai makan berkenaan.

“Dia kemudian dihantar oleh rakannya ke hospital selepas mengalami kecederaan,” katanya semalam.

Safuan berkata, hasil siasatan mendapati tangkapan itu mempunyai kaitan dengan isu balas dendam hingga menyebabka­n serangan terhadap mangsa.

“Sehubungan itu, polis masih memburu beberapa lagi suspek untuk membantu siasatan. “Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. Safuan berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh ladang itu mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes rusuhan bersenjata dan mendatangk­an kecederaan.

Beliau berkata, hasil ujian saringan air awal air kencing terhadapny­a mendapati dia negatif dadah.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah kedai kopi di Taman Damai, Padang Serai, di sini Ahad lalu.

Kejadian berlaku apabila mangsa yang juga lelaki tempatan berusia 27 tahun dan bekerja sebagai pemandu lori itu diserang dua lelaki bersenjata­kan parang dan sabit.

Kejadian berlaku apabila mangsa dikejar dua suspek dari luar kedai sebelum ditetak menggunaka­n senjata tajam berkenaan hingga rebah sebelum meninggal dunia di dalam kedai kopi itu.

“Dia kemudian dihantar oleh rakannya ke hospital selepas alami kecederaan Safuan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia