Harian Metro

Restoran ditutup 14 hari

JKNJ dapati restoran kotor, pekerja tak ikuti kursus pengendali­an makanan

- Oleh Izz Laily Hussein am@hmetro.com.my

Diarah tutup selama 14 hari selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor.

Itu tindakan tegas diambil Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) terhadap pengurusan sebuah restoran makanan segera di Bandar Seri Alam, Masai di sini, yang diberikan notis perintah penutupan selepas pekerjanya turut didapati tidak menghadiri kursus pengendali­an makanan.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Mohtar Pungut @ Ahmad berkata, tindakan notis penutupan itu dibuat selepas pihak JKNJ membuat pemeriksaa­n terhadap premis makanan itu pada 22 Februari lalu.

“Hasil pemeriksaa­n Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru mendapati premis berkenaan dalam keadaan kotor dan tidak memuaskan.

“Selain itu, majoriti pekerja tidak dapat menunjukka­n bukti sudah hadir Kursus Pengendali Makanan yang bersih dan selamat. “Ini menjadi antara punca kebersihan premis diabaikan dan kita sudah memberi arahan penutupan selama 14 hari bagi pihak pengusaha premis membuat kerja pembersiha­n segera dan semua pekerja juga diwajibkan hadir Kursus Pengendali Makanan,” katanya semalam.

Terdahulu, tular di media sosial satu notis perintah penutupan terhadap restoran makanan segera dalam sebuah pasar raya di Bandar Seri Alam, Masai yang tertera tarikh penutupan bermula 22 Februari lalu hingga 7 Mac depan. Pada masa sama, Dr Mohtar berkata, JKNJ memberi amaran kepada semua pengusaha premis makanan supaya patuh kepada peraturan yang ditetapkan wah Akta Makanan 1983.

“Kegagalan mematuhi peraturan dan akta ini boleh dikenakan arahan penutupan premis dan denda sejajar dengan peruntukan di bawah Akta Makanan 1983,” katanya.

“Premis kotor dan tidak memuaskan Dr Mohtar Pungut @ Ahmad

 ?? ?? NOTIS penutupan yang ditampal di premis berkenaan di Bandar Seri Alam, Masai.
NOTIS penutupan yang ditampal di premis berkenaan di Bandar Seri Alam, Masai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia