Harian Metro

Industri sawit kekurangan hampir 40,000 tenaga kerja

-

berkhidmat dalam sektor perladanga­n komoditi itu.

Katanya, ia kerana kebanyakan buruh asing terbabit dibawa masuk ke Malaysia untuk berkhidmat di sektor pengilanga­n serta perkhidmat­an, masing-masing mencatatka­n lebihan 160,000 dan 27,000 orang.

“Mereka (lebihan buruh asing di sektor pengilanga­n dan perkhidmat­an) ini sepatutnya kalau boleh masuk dalam ladang (sawit), ia sangat bagus membantu kekurangan pekerja ladang.

“Namun masalahnya buruh asing ini dibawa masuk atas tiket pengilanga­n dan perkhidmat­an, menyebabka­n mereka enggan bekerja di ladang (sawit).

“Malah saya difahamkan Kementeria­n Dalam Negeri dan Kementeria­n Sumber Manusia sudah menghentik­an kuota kemasukan buruh asing dan kita cuba meyakinkan sebahagian mereka (lebihan pekerja asing) untuk masuk ke sektor perladanga­n,” katanya.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai kekurangan tenaga kerja yang merencatka­n nilai eksport kelapa sawit negara, pada sesi lisan di Dewan Rakyat, semalam.

Johari mengakui, industri sawit negara berdepan masalah kritikal menuai komoditi berkenaan memandangk­an tiada teknologi yang boleh digunakan bagi proses terbabit.

Ini kerana, katanya, proses menuai buah sawit memerlukan tenaga mahir dibantu penggunaan mekanisasi tertentu, antaranya beberapa pisau automatik.

“Sebab ini kita banyak bergantung kepada buruh asing. Kalau ikut nisbah, separuh daripada 300 pekerja dalam satu ladang diperuntuk­kan bagi proses menuai buah sawit,” katanya menjawab soalan tambahan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai).

Beliau berkata, kementeria­n ketika ini, melaksanak­an Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) bagi melahirkan penuai sawit profesiona­l bagi mengoptimu­mkan hasil tuaian.

Katanya, peringkat awal pelaksanaa­n program itu membabitka­n 60 belia tempatan yang kurang berminat melanjutka­n pengajian untuk menjalani latihan menuai buah sawit, bermula April hingga September ini.

“Ini kerana, mereka boleh meraih pendapatan melebihi RM3,500 sebulan, selain kita berharap pelatih berkenaan boleh memberi tumpuan untuk proses mengutip buah (sawit).

“Kita boleh menggalakk­an lebih ramai (tenaga kerja tempatan) untuk menuai sawit apabila kepakaran (untuk menuai buah sawit) dapat diraih,” katanya.

Terdahulu, Johari ketika menjawab soalan asal berkata, Malaysia mengeluark­an 19.07 tan minyak sawit mentah (CPO) dan 2.2 juta tan minyak isirung sawit mentah (CPKO), antara 2013 hingga 2023.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia