Harian Metro

50,000 dijangka meriahkan RXZ Fighter

-

Kuantan: Kira-kira 50,000 peminat permotoran dari seluruh negara dijangka memeriahka­n program RXZ Fighter yang akan diadakan di Serambi Teruntum, di sini, selama dua hari, bermula esok.

Pengerusi Jawatankua­sa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, RXZ Fighter yang julung kali dianjurkan itu diharap mencapai objektif itu.

Katanya, RXZ Fighter dianjurkan Kerajaan Pahang dengan kerjasama Kelab

Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Bera serta menyediaka­n pelbagai program sepanjang dua hari itu.

“Antara pengisian ialah solat Subuh macam Jumaat bersama peminat permotoran, pameran permotoran dan jualan.

“Program juga mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) bagi memantau keadaan lalu lintas, termasuk memberikan taklimat berkaitan keselamata­n permotoran.

“Kami harap peminat permotoran, terutama yang menunggang RXZ ke Kuantan, mematuhi peraturan jalan raya demi menjaga keselamata­n bukan sahaja diri sendiri, malah pengguna lain,” katanya.

Fadzli berkata demikian pada sidang media RXZ Fighter dan Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024 di sini, kelmarin.

Berkaitan Ekspedisi Mahkota Mudik Sungai Pahang 2024, beliau berkata, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengetuai ekspedisi selama empat hari bermula Ahad ini.

Katanya, ekspedisi sepanjang 392 kilometer itu akan bermula di Riverfront, Pekan dan berakhir di Tanjung Gahai, Lipis.

Ekspedisi ini membabitka­n 150 peserta dengan menaiki 18 bot di enam daerah iaitu Pekan, Maran, Bera, Temerloh, Jerantut dan Lipis”

Fadzli

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia