Harian Metro

Tak gentar berdepan lawan lebih tinggi

-

Tawau: Berpegang kepada prinsip tidak menyerah kalah sebelum berjuang menjadi kunci kejayaan kepada Nurelfira Umaira Mohd Yusof atau Fira, yang mencipta sensasi memenangi pingat emas acara 80 meter (m) lari berpagar perempuan bawah 14 tahun (B-14) pada Kejohanan Trek dan Padang WA State 2024 di Perth, Australia, baru-baru ini.

Nurelfira Umaira, 13, yang bertubuh kecil dan berketingg­ian 151 sentimeter berkata, meskipun melihat saiz fizikal lawan lebih tinggi dan besar dalam saingan itu dengan pelari tertinggi lebih 180 sentimeter, itu bukan penyebab untuk dia gentar, malah lebih bersemanga­t dan yakin untuk membawa pulang pingat.

“Saya sasar emas, saya berlatih bersungguh-sungguh untuk dapatkan emas. Semasa melihat lawan, saya tetap yakin menang kerana telah berlatih lama sejak darjah empat (umur 10 tahun). Saya yakin menang walaupun saya paling pendek dan kecil,” katanya.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih, Tawau itu berkata, cabaran lain yang dihadapi ialah menyesuaik­an cara larian dalam tempoh singkat sebaik mengetahui terdapat perbezaan jumlah pagar digunakan pada acara 80m lari berpagar.

Katanya, ini kerana kebiasaan di Malaysia acara itu menggunaka­n halangan lapan pagar, bagaimanap­un di Australia sembilan pagar digunakan menjadikan jarak setiap pagar lebih dekat.

“Susah sikit lapan pagar ke sembilan pagar, jadi sebelum acara akhir dimulakan saya panaskan badan lagi dan cuba pagar, syukur berjaya dengan masa 13.10 saat untuk emas,” katanya menambah 80m lari berpagar adalah acara kegemarann­ya dan catatan masa peribadi terbaiknya ialah 11.98 saat (s).

Dia yang turut meraih pingat perak 200m lari berpagar perempuan B-14 dalam kejohanan sama akan kembali menjalani latihan sebagai persiapan menyertai Little Athletics Championsh­ips yang dijadual berlangsun­g di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Julai ini.

 ?? ?? NURELFIRA Umaira
NURELFIRA Umaira

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia