Harian Metro

Pan-gon ambil masa umum pemain Harimau Malaya

-

Kuala Lumpur: Berikutan saingan Liga Malaysia (Liga M) hanya bermula Mei ini, pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan-gon berdepan sedikit masalah dalam menyenarai­kan barisan pemain akan dipanggil ke kem latihan pusat skuad kebangsaan, bulan depan.

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Pan-gon sedang membuat persiapan termasuk menghubung­i kelab di Liga M bagi mendapatka­n maklum balas mengenai prestasi pemain.

Namun, katanya, disebabkan ada beberapa pasukan masih belum memulakan latihan atau baharu memanggil semula pemain untuk menjalani latihan, barisan kejurulati­han negara memerlukan sedikit masa sebelum mengumumka­n senarai pemain bagi menghadapi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman, pada 22 dan 26 Mac ini.

“Tunggu pengumuman kerana isu kita sekarang ini adalah liga tak bermula lagi dan bermula pada Mei nanti.

“Jadi

“Tunggu pengumuman kerana isu kita sekarang ini adalah liga bermula pada Mei nanti”

ini ada kekangan untuk (barisan kejurulati­han) pasukan kebangsaan panggil kerana pasukan tengah bercuti dan ada pasukan yang baru bermula latihan.

“Sebab itu KPG (Kim Pan-gon) tengah melihat dan saya rasa KPG dan barisan (jurulatih) sudah menghubung­i semua kelab untuk dinilai, mungkin minggu ini atau minggu depan keputusan akan dibuat,” katanya.

Selepas beraksi di Piala Asia 2023 di Qatar pada bulan lalu, skuad Harimau Malaya dijadual mengharung­i satu lagi ujian getir di menentang Oman, bulan depan.

Ketika ini anak buah Pan-gon di landasan tepat untuk melangkah ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia dan layak automatik ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi selepas memungut enam mata maksimum daripada dua aksi peringkat kumpulan kelayakan sebelum ini.

Dua aksi dengan Oman masing-masing di Muscat dan di Bukit Jalil bakal menjadi perhatian kerana jika Malaysia mengutip mata, bayangan untuk ke peringkat berikutnya bakal menjadi kenyataan, dengan baki dua lagi aksi menunggu pada Jun ini menentang Taiwan dan Kyrgyzstan.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia