Harian Metro

Majikan alpa dan hanya pentingkan keuntungan

-

Seremban: Majikan alpa, hanya mementingk­an keuntungan selain mendakwa penginapan pekerja dekat dengan syarikat.

Itu antara alasan popular golongan majikan yang tidak menyediaka­n tempat tinggal kondusif untuk pekerja di negeri ini.

Susulan itu kerajaan Negeri Sembilan memberi tempoh tiga bulan mulai semalam kepada majikan di negeri ini untuk memindahka­n pekerja yang menduduki penginapan haram atau tanpa perakuan ke Pusat Penginapan Pekerja Berpusat (CLQ) yang diwujudkan di seluruh negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Keusahawan­an, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, S Veerapan, berkata keseluruha­n terdapat sebanyak 25 CLQ di Negeri Sembilan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Repah berkata, pihaknya sudah meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk terus membuat pemantauan dan penguatkua­saan serta mengambil tindakan sewajarnya.

“Keseluruha­n 25 CLQ berkenaan boleh menampung kapasiti berjumlah 8,349 pekerja dengan rekod terkini menerusi Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan (JTKNS) mendapati masih terdapat kekosongan sebanyak 3,751 di pusat berkenaan.

“Hal ini bermakna majikan tidak mempunyai alasan untuk tidak menempatka­n pekerja asing yang mereka gajikan di penginapan yang telah diberi perakuan itu bagi memastikan keselesaan mereka,” katanya selepas berakhir Ops Gegar oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM) membabitka­n sebuah syarikat di Kawasan Perindustr­ian Sungai Gadut Senawang, di sini, kelmarin.

Operasi membabitka­n kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sembilan (JIMNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) itu diketuai Ketua Pengarah JTKSM, Kamal Pardi.

Veerapan berkata, JKTNS akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap majikan yang enggan berbuat demikian.

Beliau berkata, kerajaan negeri mahu isu membabitka­n pelbagai kesalahan mengikut Akta Kerja 1955, Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) serta Perintah Gaji Minimum di bawah Akta Majlis Perundinga­n Gaji Negara 2011 ditangani dan diselesaik­an.

 ?? ?? ANGGOTA penguat kuasa membuat pemeriksaa­n kepada pekerja kilang pada Ops Gegar Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM) di Pusat Perindustr­ian Sungai Gadut. - Gambar NSTP/AZRUL EDHAM
ANGGOTA penguat kuasa membuat pemeriksaa­n kepada pekerja kilang pada Ops Gegar Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia (JTKSM) di Pusat Perindustr­ian Sungai Gadut. - Gambar NSTP/AZRUL EDHAM
 ?? ?? VEERAPAN
VEERAPAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia