Harian Metro

2 wanita dalang geng curi kabel

Kegiatan terbongkar selepas 16 ditahan disyaki curi kabel milik syarikat telco bernilai RM1.5 juta

- Oleh Ahmad Hasbi am@hmetro.com.my

Bukan hanya lelaki malah kegiatan curi kabel dan pelbagai komponen telekomuni­kasi di negeri ini turut didalangi dua wanita.

Kegiatan itu terbongkar susulan kejayaan polis menahan 16 individu termasuk dua wanita yang disyaki aktif mencuri kabel dengan nilai keseluruha­n rampasan berjumlah kira-kira RM1.5 juta.

Ketua Polis Daerah Seremban Mohamad Hatta Che Din berkata, penahanan suspek berusia 25 hingga 50 tahun pada 21 Februari lalu adalah susulan laporan kes kecurian kabel di Taman Kelab Tuanku di sini, membabitka­n kerugian RM10,000.

Beliau berkata, polis melakukan siasatan berjaya menahan semua suspek yang dikesan aktif melakukan jenayah itu sejak beberapa bulan lalu.

“Semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau babitkan pelbagai jenayah.

“Modus operandi kumpulan ini mencuri kabel milik Syarikat Telekomuni­kasi (Telco) di pencawang yang menjadi sasaran.

“Penjenayah turut mencuri kabel serta beberapa komponen seperti Radio Remote Unit (RRU), Lithium Bateri and Wire kabel dengan tujuan menjual semula kepada Telco lain bagi mengaut keuntungan yang lumayan,” katanya.

Mohamad Hatta berkata, komponen yang tidak boleh dijual semula kepada pihak Telco akan dijual kepada kedai besi buruk.

Justeru, beliau meminta mana-mana Telco serta orang awam mempunyai maklumat berkaitan kes kecurian kabel ini tampil memberi keterangan atau menyalurka­n maklumat kepada Pegawai Penyiasat kes Inspektor Saidi Busman di 011-31558034.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 431(a) dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Semakan mendapati empat daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitka­n pelbagai jenayah”

 ?? ?? ANTARA kabel dan komponen telekomuni­kasi yang dirampas polis daripada kumpulan yang ditahan.
ANTARA kabel dan komponen telekomuni­kasi yang dirampas polis daripada kumpulan yang ditahan.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia