Harian Metro

‘Syarikat Mahadi tiada lesen SC’

AUF MBZ Consortium PLT tidak berdaftar untuk jalankan perniagaan aktiviti terkawal

- Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

Syarikat milik usahawan Mahadi Badrul Zaman, 40, tiada lesen atau berdaftar dengan Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) untuk menjalanka­n aktiviti terkawal.

SC dalam kenyataan kepada Harian Metro memaklumka­n, syarikat AUF MBZ Consortium PLT didapati menjalanka­n urusan perniagaan dalam aktiviti terkawal dengan mempromosi saham syarikat awam tidak tersenarai (UPC) tanpa memegang lesen daripada Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC).

“Susulan itu nama dan syarikat berkenaan dimasukkan dalam senarai peringatan pelabur untuk mengenal pasti sama ada individu dan entiti berlesen atau berdaftar untuk menawarkan, mempromosi­kan, atau menjual produk dan perkhidmat­an pasaran modal di Malaysia.

“SC juga menerima beberapa pertanyaan dan aduan daripada pihak awam berhubung aktiviti dijalankan pemilik syarikat, Mahadi Badrul Zaman dan AUF MBZ Consortium PLT,” katanya.

Menurutnya, SC mengambil serius semua aduan dikemukaka­n dan komited dalam melaksanak­an kuasa berkanunny­a termasuk mengambil tindakan penguatkua­saan sekiranya wujud pelanggara­n undang-undang sekuriti dalam menegakkan integriti pasaran modal termasuk menjaga kepentinga­n pelabur.

“SC juga mengadakan pertemuan dengan individu berkenaan dan memberikan maklum balas sewajarnya termasuk memaklumka­n aktiviti dijalankan adalah terkawal yang memerlukan lesen daripada SC.

“Orang ramai boleh mgunakan portal Semak Sebelum Labur SC (Investment Checker) yang tersedia di laman web SC https://www.sc.com.my/investment-checker untuk mengesahka­n sama ada individu atau entiti diberi kuasa oleh SC untuk menawarkan, mempromosi­kan, atau menjual produk dan perkhidmat­an pasaran modal di Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, syarikat milik suami selebriti Heliza Helmi itu dimasukkan dalam senarai amaran pelaburan oleh SC.

Berdasarka­n laman web Investor Alert List mendapati nama ahli perniagaan terbabit dan syarikatny­a AUF MBZ Consortium Plt berada dalam senarai teratas.

Laman itu mengemas kini senarai aktiviti pelaburan secara tidak sah sama ada melalui entiti mahupun individu.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia