Harian Metro

STADIUM JADI PUSARA

-

Stadium dan gimnasium di Semenanjun­g Gaza yang sepatutnya menjadi lokasi aktiviti pengembang­an potensi atlet Palestin, kini berubah menjadi tanah perkuburan ratusan atlet serta pegawai sukan yang terkorban akibat serangan tanpa henti tentera rejim Israel.

Selama lebih 140 hari serangan, arena sukan Palestin sudah kehilangan lebih 183 pegawai dan kakitangan, termasuk atlet bola sepak, bola tampar, kru dan pengarah teknikal dan pengadil, lapor WAFA.

Memetik Persatuan Bola Sepak Palestin baru-baru ini, WAFA melaporkan 85 pemain bola sepak kelab tempatan Palestin terbunuh dalam serangan tentera Israel di Semenanjun­g Gaza dan Tebing Barat antara 7 Oktober lalu dan 6 Disember lalu.

Menurut laporan itu, pemain bola sepak yang terbunuh termasuk 18 kanak-kanak dan 37 remaja.

Jaguh karate Palestin, Nagham Abu Samra, 26, yang merupakan antara atlet harapan dan mempunyai masa depan cerah dalam sukan karate turut terkorban dalam serangan Israel, menurut WAFA.

Nagham meninggal dunia di Hospital Syuhada Al-Aqsa di Deir Al-Balah selepas hampir sebulan koma akibat serangan peluru berpandu di Gaza 17 Disember

lalu.

Atlet paralimpik turut tidak terkecuali antaranya pemain bola sepak orang kerdil Palestin, Ahmed Awad Salman, dua beradik Mahmoud dan Muhammad Abu Dan yang bermain di Akademi Kelab Al-Hilal Gaza serta Atef Dabour, 15, dari kelab yang sama.

Turut terkorban dalam serangan Israel ialah pemain dari akademi bola sepak di Khan Younis Muhammad Qanan, pasangan adik-beradik di Akademi Score Abdullah dan Muhammad Abu Sanima, pemain Kelab Bola Sepak Markaz Tulkarem Osama Abu Nahar dan pemain Akademi Bola Sepak Samba Abdul Qadir Al-Attar, lapor WAFA.

Media baru-baru ini melaporkan pengadil bola sepak antarabang­sa dari Palestin, Mohamed Khattab turut syahid akibat serangan tentera Israel.

 ?? ?? ANTARA stadium di Semenanjun­g Gaza yang musnah akibat serangan Israel. - Foto AFP
ANTARA stadium di Semenanjun­g Gaza yang musnah akibat serangan Israel. - Foto AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia