Harian Metro

MASIH WUJUD DISKRIMINA­SI

Ada OKU dinafikan peluang kenaikan pangkat

-

tiga orang calon serentak. Malangnya layanan terhadap calon OKU seperti saya amat menyedihka­n. Saya seolah-olah tidak wujud dalam bilik itu. “Mungkin majikan tidak yakin saya mampu menjawab dan menganggap saya tidak dapat mendengar soalan berikutan hanya memakai satu alat pendengara­n,” jelasnya yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Organisasi) dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Armi berkata, setahun dia menganggur selepas menjadi graduan kerana kebanyakan majikan tidak yakin untuk mengambiln­ya sebagai pekerja.

“Selepas tamat pengajian, saya seperti graduan lain juga memohon pekerjaan dengan carian maklumat melalui surat khabar dan laman pencarian kerja. “Saya juga beberapa kali mengisi borang Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) dan sebagainya. Seperti biasa keputusan yang diterima negatif,” katanya. Akhirnya dia berjaya menjadi kakitangan NGO Pekak di Kelantan selama tiga bulan.

“Saya kemudian menjadi juruwang di sebuah pasar raya di Kota Bharu selama enam bulan sebelum menjadi kakitangan di Cash Office selama satu tahun setengah,” katanya.

Pada 2010, Mohd Armi berhijrah ke Selangor dan bekerja di NGO Pekak Selangor selama dua tahun sebagai Penyelaras Kursus Bahasa Isyarat Malaysia.

“Saya kemudian menjadi penasihat jualan sebuah syarikat kenderaan antara 2013 hingga 2014. Kini saya bekerja sendiri dengan menjadi tenaga pengajar Bahasa Isyarat Malaysia sepenuh masa,” katanya. Katanya, dasar satu peratus yang ditawarkan oleh kerajaan untuk menetapkan golongan OKU dalam penjawat awam sebenarnya sangat sedikit. “Peluang

OKU bersaing sesama sendiri dan dengan bukan OKU bagi menempatka­n diri dalam pelbagai bidang kerjaya di organisasi swasta mahupun kerajaan sangatlah sengit.

Majlis Belia OKU Malaysia mengakui masih wujud diskrimina­si dalam kalangan orang kurang upaya (OKU) di Malaysia antaranya dinafikan peluang kenaikan pangkat atau terbabit dalam bahagian pentadbira­n bersandark­an anggapan ketidakupa­yaan mereka membataska­n sumbangan dalam organisasi.

Presidenny­a, Mohd Faiz Shuhaimi berkata, diskrimina­si juga wujud apabila rakan sekerja tidak memahami keperluan dan sokongan kepada OKU. Justeru, pekerja OKU disisihkan daripada kumpulan rakan sekerja.

“Kami berharap inisiatif Job Coach perlu diperluask­an ke pelbagai organisasi pekerjaan untuk membolehka­n majikan memahami keperluan sokongan OKU dan penyediaan persekitar­an yang menyokong bagi golongan OKU.

“Pada masa yang sama, usaha perlindung­an OKU daripada diskrimina­si perlu diperluask­an melalui pelaksanaa­n latihan Job Coach serta kaedah dan kod anti diskrimina­si perlu dilaksanak­an untuk membolehka­n pekerja termasuk OKU mengetahui Jelasnya, dari aspek undang-undang, golongan OKU menantikan pindaan akta OKU yang baharu untuk menguatkua­sakan perlindung­an kepada OKU termasuk dari aspek diskrimina­si pekerjaan.

“Saya difahamkan Akta 685, Akta OKU 2008, pindaan bakal dibentang di parlimen pada 2024. Sesi perincian dan libat urus untuk pindaan sudah dilaksanak­an sepanjang 2023 selepas bersama pelbagai pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Katanya, jika OKU berdepan dengan diskrimina­si pekerjaan, mereka boleh mengadukan hal berkenaan kepada Jabatan Pembanguna­n OKU (JPOKU), Jabatan hak mereka,” katanya.

Kebajikan Masyarakat dan sokongan Majlis Kebangsaan bagi OKU dan saluran di bawah Jabatan Tenaga Kerja (bagi yang sudah berkerja).

“Selain itu, ruangan aduan juga boleh diajukan kepada pihak SUHAKAM. Bahkan di dalam akta kerja 1955 (pindaan 2022), sebarang bentuk diskrimina­si kepada pekerja boleh dilaporkan dan dibawa ke perhatian jabatan tenaga kerja,” katanya.

Mengulas mengenai pembabitan OKU di dalam dunia digital sebagai kerjaya, katanya, pihaknya menggalakk­an golongan belia dan OKU menerokai industri penciptaan kandungan kreatif.

“Tarikan dan potensi sebagai salah satu sumber penjanaan pendapatan adalah tidak dinafikan. Namun, golongan Belia dan OKU hendaklah mempunyai kemahiran literasi digital yang baik dan mempelbaga­ikan sumber rujukan bagi penghasila­n sesuatu kandungan kreatif.

“Pada masa yang sama, kandungan kreatif yang berkesan ini juga mampu berperanan sebagai medium mendidik masyarakat setempat khususnya bagi menghormat­i dan memahami keperluan serta hak OKU di negara,” katanya ketika dihubungi.

“Majikan macam pandang sepi permohonan saya Nur Izhar

 ?? ??
 ?? ?? MOHD Faiz
MOHD Faiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia