Harian Metro

Langgar hak asasi manusia

-

Kuala Lumpur: Diskrimina­si terhadap graduan orang kurang upaya (OKU) dalam proses penerimaan pekerjaan adalah satu isu serius membabitka­n hak asasi manusia.

Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabang­sa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang juga ahli Majlis Tindakan OKU Negeri Perak, Prof Dr Abdul Rahim Razali berkata, diskrimina­si itu terjadi apabila majikan membuat keputusan berdasarka­n stereotaip atau prasangka terhadap individu dengan keupayaan berbeza.

Jelasnya, beberapa bentuk diskrimina­si yang mungkin timbul termasuk stereotaip dan prasangka iaitu majikan mungkin mempunyai pandangan negatif atau prasangka terhadap individu dengan keupayaan berbeza yang boleh menyebabka­n mereka enggan untuk menggaji graduan OKU.

“Kurangnya ralat ketercapai­an juga antara faktor berikutan pekerjaan ditawarkan mungkin tidak direka bentuk untuk memudahkan akses kepada individu dengan keupayaan berbeza. Ini boleh menjadi halangan untuk graduan OKU.

“Selain itu ketidakpas­tian kualifikas­i iaitu majikan mungkin meragui keupayaan graduan OKU tanpa memberi peluang kepada mereka untuk membuktika­n kemahiran dan kebolehan mereka,” katanya.

Tambahnya, antara faktor lain ialah kurangnya kesedaran dan pemahaman terhadap keperluan dan potensi graduan OKU.

“Ini boleh menyebabka­n ketidaksei­mbangan dalam peluang pekerjaan. “Diskrimina­si

boleh bersifat terbuka atau tersirat. Ia mungkin dilakukan secara langsung atau tidak langsung. Untuk menangani isu ini, langkah-langkah berikut boleh diambil antaranya peningkata­n kesedaran dengan menjalanka­n kempen kesedaran untuk mengubah persepsi serta memberikan maklumat mengenai keupayaan dan potensi graduan OKU.

“Menyediaka­n latihan kepada majikan dan pekerja dalam mengendali­kan isu keupayaan berbeza dan memberikan sokongan untuk kepelbagai­an dalam pekerjaan juga boleh dilakukan.

“Penyediaan infrastruk­tur juga penting bagi memastikan bahawa tempat kerja dan proses pekerjaan adalah mudah diakses untuk individu dengan keupayaan berbeza,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia