Harian Metro

Dua kanak-kanak dikesan hidap kanser setiap hari

-

Kuala Lumpur: Lebih 700 kanak-kanak dan remaja berumur bawah 15 tahun didiagnosi­s dengan kanser setiap tahun atau secara purata dua kanak-kanak didapati menghidap penyakit itu setiap hari.

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, melalui kemajuan rawatan sedia ada, peluang pemulihan kanak-kanak pesakit kanser adalah tinggi.

Menurutnya, lebih 70 peratus kanak-kanak dan remaja di Malaysia yang mengidap penyakit itu disembuhka­n.

“Kementeria­n Kesihatan (KKM) memperluas dan menambah baik fasiliti kemudahan kesihatan sedia ada dalam usaha memberikan rawatan terbaik kepada pesakit kanser, khususnya kanak-kanak.

“Tindakan itu perlu untuk meningkatk­an kualiti hidup kanak-kanak yang mendapatka­n rawatan penyakit itu selain memastikan celik terhadap pendidikan kanser,” katanya ketika merasmikan Program Karnival dan Kolokium National Childhood Cancer Alliance 2024 di sini, semalam.

Turut hadir 200 pesakit kanser kanak-kanak bersama ibu bapa mereka. Katanya, kanser adalah penyakit yang semakin meningkat di Malaysia terutama membabitka­n kanak-kanak setiap hari.

Karnival dan kolokium yang membawa tema Ketahanan dan Keberanian: Membangun Kembali Kehidupan Pasca Kanser Kanak-Kanak itu, mengetenga­hkan perjalanan rawatan pesakit kanser kanak-kanak yang pulih termasuk cabaran dihadapi pesakit dan keluarga.

Pada majlis itu Lukanisman menyampaik­an anugerah wira National Childhood Cancer Alliance (NCCA) kepada golongan profesiona­l dan sukarelawa­n bagi menghargai jasa dan pengorbana­n mereka dalam meringanka­n beban pesakit kanser kanak-kanak dan keluarga mereka.

Lukanisman menyeru sektor korporat bekerjasam­a bersama KKM dalam meningkatk­an kesedaran orang ramai tentang penyakit kanser kanak-kanak.

“Pesakit kanser kanak-kanak perlu diberikan perhatian seperti budak biasa lain baik dari segi kasih sayang dan pembelajar­an. Diharapkan pejuang kanser ini menunjukka­n kepada orang lain bahawa kanser bukan pengakhira­n,” katanya.

Lebih 70 peratus pesakit kanser kanak-kanak dan remaja di Malaysia sembuh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia