Harian Metro

Malaysia perlu kekal momentum cemerlang

-

Kuala Lumpur: Malaysia perlu meneruskan momentum cemerlang pada kempen Piala Asia 2023 di Qatar awal Januari lalu sebagai persediaan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 menentang Oman pada 18 Mac ini.

Pemerhati bola sepak tanah air, Datuk Richard Scully berkata, meskipun Harimau Malaya tidak layak ke pusingan seterusnya, namun aksi ditampilka­n pemain terutama perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Kocepat rea Selatan sesuatu yang luar biasa dan untuk itu, mereka harus cepat kembali ke kem latihan bagi memperbetu­lkan sesetengah aspek sekali gus memastikan momentum cemerlang itu tidak hilang begitu sahaja.

“Mereka ada momentum yang baik dan statistik juga menunjukka­n pasukan kita bermain bagus dari segi memberi tekanan, transisi dan larian walaupun ketika lawan Bahrain kita sudah beri yang terbaik tetapi nasib tidak menyebelah­i kita.

“Perlawanan menentang Jordan memang ‘total lost’ buat pasukan negara sebelum kita bangkit menentang Korea Selatan. Sebab itu pemain tidak boleh berehat lama dan pemain perlu menyertai latihan se

mungkin untuk mereka membina kembali keserasian sekali gus membawa momentum itu menentang Oman,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Selain itu, Richard turut menambah biarpun pasukan Oman dilihat ada sedikit kelebihan kerana liga mereka masih berlangsun­g sebelum bertemu Malaysia akan tetapi itu bukan alasan untuk skuad kendalian Kim Pan-gon memberikan aksi terbaik nanti.

Tambahnya, untuk mengadakan perlawanan persabahat­an pada tempoh ini sedikit sukar kerana ketika ini masih di luar kalender Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (Fifa).

“Itu kekangan kita sebab pasukan yang kita mohon sebelum ini pun setuju tiba-tiba tidak setuju. Jadi kita tinggal dengan apa yang ada tapi itu tidak boleh jadikan itu satu masalah, apa yang ada itu kita kena guna sebaik mungkin.

“Kita kena tengok pada kalendar Fifa juga sebab untuk lawan (pasukan lain) yang bukan dalam kalendar Fifa pun susah tak dapat pasukan,” katanya.

“Apa yang ada itu kita kena guna sebaik mungkin Richard

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia