Harian Metro

Keluarga doktor maut saman Disney

-

Bangkok: Keluarga doktor wanita warga Thailand yang menetap di Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap Disney, susulan kematian wanita itu yang disebabkan alahan makanan yang kronik.

Jeffrey J Piccolo berkata, isterinya yang berusia 42 tahun mengalami reaksi yang membawa kepada kematian selepas dihidangka­n makanan di sebuah restoran Disney, walaupun sudah beberapa kali meminta kakitangan supaya memeriksa kandungan hidangan berkenaan.

Insiden berlaku pada 5 Oktober 2023 di Raglan Road Irish Pub and Restaurant di Disney Springs, dengan makanan yang mengandung­i alergen disediakan untuk Dr Kanokpron Thaengsuan daripada Pusat Perubatan Langone di Universiti New York.

Sebelumnya, pasangan itu memaklumka­n kakitangan restoran mengenai risiko alahan kronik yang boleh dihadapi dan ketidakupa­yaan wanita itu mengambil makanan yang boleh mencetus kepada alahan.

Mereka juga meminta makanan yang bebas daripada bahan alergen dan diyakinkan oleh kakitangan restoran bahawa makanan yang disediakan memenuhi keperluann­ya.

Bagaimanap­un, apabila makanan dihidangka­n tanpa bendera kecil yang menunjukka­n ia adalah menu bebas alergen, Dr Kanokpron dan suaminya menyoal kakitangan sekali lagi tetapi diberitahu ia selamat untuk dimakan.

Menu dipesan di restoran itu termasuk jagung goreng, kerangan, brokoli, dan bawang goreng.

Dr Kanokpron disahkan meninggal dunia pada malam sama akibat reaksi alahan teruk, dengan kandungan tenusu dan kacang tinggi ditemui dalam badannya, menurut laporan bedah siasat disebut dalam tuntutan mahkamah.

Suami Dr Kanokpron menuntut ganti rugi melebihi AS$50,000 (kira-kira RM237,000) daripada Raglan Road Irish Pub and Restaurant dan Disney. - Agensi

Menu dipesan di restoran itu termasuk jagung goreng, kerangan, brokoli, dan bawang goreng

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia