Harian Metro

LAPTOP KAKI PERMAINAN

Lenovo LOQ didatangka­n dengan dua variasi cip pemproses iaituAMD Ryzen, Intel Core.

- Oleh Muhammad Saufi Hassan saufi@mediaprima.com.my

Menyentuh aspek laptop produktivi­ti tinggi dan kelas permainan, pastinya keupayaan cip pemproses, keupayaan unit pemproses grafik (GPU) serta mobiliti sesebuah perkakas itu menjadi pertimbang­an kepada pengguna.

Selain itu semua, faktor yang banyak mendorong pengguna membeli sesebuah perkakas atau laptop adalah tanda harga yang tidak terlalu kayangan jika dibandingk­an dengan spesifikas­i ditawarkan.

Untuk itu, penulis ingin mencadangk­an kepada pengguna laptop keluaran Lenovo daripada generasi Lenovo LOQ yang didatangka­n dua variasi cip pemproses iaitu AMD Ryzen dan Intel Core.

Bagaimanap­un, penulis lebih cenderung untuk memilih Lenovo LOG dengan kod ‘3MMJ’ yang menggunaka­n cip pemproses Intel

Core i7-13650HX yang dipadankan bersama memori (RAM) 16GB DDR5 sekali gus memberikan kuasa prestasi lebih baik.

Bagi tetapan GPU pula, model ini didatangka­n dengan Nvidia RTX 4060 dengan kapasiti video memori (VRAM) 8GB serta panel skrin paparan IPS bersama ukuran 15.6 inci definisi penuh (FHD).

Sebenarnya, generasi Lenovo LOQ ini pernah dinobatkan sebagai laptop kelas permainan paling mampu milik pada tahun lalu dan kini, meneruskan generasi baharunya dengan penawaran harga yang lebih kompetatif.

Binaan laptop ini yang kukuh dan elegan, papan kekunci penuh yang disusun dengan baik termasuk kekunci anak panah diletakkan pada kepulauan berbeza memberikan keselesaan kepada pengguna.

Sesuai dengan laptop kelas permainan, ia dilengkapi dengan papan kekunci RGB dan pengguna juga boleh melakukan talaan prestasi menerusi Lenovo Vantage iaitu satu perisian yang direka khusus untuk memudahkan pengguna melakukan pengubahsu­aian prestasi.

Menyentuh soal prestasi ketika permainan, penulis melakukan ujian terhadap permainan Helldivers 2 dengan penetapan grafik pada mod ultra, bacaan kadar segar semula (FPS) yang direkodkan adalah stabil antara 85 hingga 95 FPS.

Bagi Forza Horizon 5 pula, bacaan FPS adalah sekitar75 hingga 85 FPS dengan stabil tanpa berlakunya

 ?? ?? PADANAN spesifikas­i yang baik memberikan laptop ini berupaya untuk melaksanak­an tugasan kompleks dan permainan.
LENOVO LOQ menawarkan spesifikas­i terkini dengan tanda harga mampu milik.
PADANAN spesifikas­i yang baik memberikan laptop ini berupaya untuk melaksanak­an tugasan kompleks dan permainan. LENOVO LOQ menawarkan spesifikas­i terkini dengan tanda harga mampu milik.
 ?? ?? PERKAKAS ini dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i7-13650HX bersama padanan GPU RTX 4060.
PERKAKAS ini dikuasakan dengan cip pemproses Intel Core i7-13650HX bersama padanan GPU RTX 4060.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia