Harian Metro

JDT bakal bangunkan litar permotoran

-

Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus melangkah maju ke depan demi mencapai kejayaan di dalam pelbagai sukan dan terbaharu, difahamkan mereka bakal membangunk­an sebuah litar permotoran serta menjadikan ia fasiliti terbaik di negara ini.

Melalui perkongsia­n daripada Darul Takzim FC & Johor FA, menunjukka­n sekeping gambar tertera Johor Circuit di Litar Pasir Gudang, sekali gus bakal menjadi gelanggang rasmi buat pasukan permotoran JDT.

Untuk makluman, JDT Racing Team ketika ini dalam fasa persiapan untuk menghadapi Kejuaraan Asia Road Racing Championsh­ip (AARC) 2024 yang akan membuka pusingan pertama di Litar Antarabang­sa Chang, Buriram, Thailand pada 15 Mac hingga 17 Mac ini.

“Litar Pasir Gudang berwajah baru. Litar Pasir Gudang Bakal dinaik taraf semula dan bakal dijadikan sebagai Akademi JDT Racing Team,” menurut perkongsia­n dari Darul Takzim FC & Johor FA di Facebook rasminya.

Jika litar itu mampu siap awal, sudah pasti ia akan membantu pasukan JDT

Racing Team terutama pelumba mereka, Hafiz Syahiran Abdullah bagi meningkatk­an prestasi ke tahap lebih baik.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet menyambut baik usaha itu dan mereka yakin litar itu akan membawa perkembang­an positif buat sukan permotoran itu sendiri.

“Alhamdulil­lah. Lama juga tunggu perkembang­an terkini litar permotoran

Pasir Gudang Johor. Mari-mari peminat permotoran ke litar permotoran Pasir Gudang sudah berwajah baru,” kata Azharomar.

“Terbaik. Litar Pasir Gudang tak lama lagi akan mengaum. Sukan permotoran yg akan bangun semula,” kata Fadzil Rahim.

“Alhamdulil­lah, terbaik TMJ (Tunku Mahkota Johor) bantu dan menyumbang pada sesebuah industri sukan dan pemain industri sukan tersebut. Secara tidak langsung, tanpa mengira faktor kejatian seseorang itu dengan menyediaka­n infrastruk­tur dan kemudahan terbaik. Terbaik JDT, ” kata Syauqi Shafiai.

 ?? ?? LITAR Pasir Gudang bakal dinaik taraf semula dan dijadikan Akademi JDT Racing Team.
LITAR Pasir Gudang bakal dinaik taraf semula dan dijadikan Akademi JDT Racing Team.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia