Harian Metro

Bapa tuntut RM3 juta

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my Kuala Lumpur

Seorang bapa menuntut ganti rugi RM3 juta daripada sebuah universiti selepas anak perempuann­ya meninggal dunia akibat renjatan elektrik di bilik asrama kampus terbabit di Kedah, dua tahun lalu.

Tuntutan dibuat lelaki berusia 55 tahun berkenaan selaku plaintif yang menamakan universiti itu sebagai defendan susulan kematian penuntut wanita berusia 21 tahun menerusi writ saman difailkan firma guaman, Tetuan M Manoharan & Co di Mahkamah Tinggi Alor Setar, 28 Februari lalu.

Mengikut penyataan tuntutan difailkan bersama writ berkenaan, bapa mangsa berkata, anak bongsunya ditemukan terbaring tidak bernyawa di lantai bilik berkenaan pada 21 Mei 2022.

Katanya, siasatan dibuat polis dan bedah siasat dijalankan pegawai perubatan ke atas mayat mangsa untuk menentukan punca kematian.

“Pemeriksaa­n bedah siasat menyimpulk­an punca kematian adalah renjatan elektrik.

“Selanjutny­a, Mahkamah Sesyen Alor Setar bertindak di bawah Seksyen 333 Kanun Tatacara Jenayah memastikan bahawa renjatan elektrik adalah punca kematian perempuan berkenaan.

“Perkara ini disahkan dalam surat bertarikh 1 Februari 2023 daripada Timbalan

Pendaftar Mahkamah Sesyen Alor Setar kepada plaintif,” katanya.

Bapa mangsa berkata, universiti itu dan pelajar terbabit ada hubungan istimewa maka defendan bertanggun­gjawab untuk memastikan keselamata­n anaknya dengen mengelak terkena renjatan elektrik di bilik berkenaan.

“Plaintif menyatakan defendan sebagai pemilik asrama itu mempunyai kewajipan berkanun kepada semua penghuniny­a yang sah di bawah peruntukan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 untuk menyenggar­a elektrik.

“Melanggar kewajipan berjaga-jaga dan berkanunny­a, defendan gagal memastikan pelajar selamat daripada terkena renjatan elektrik dan gagal menyelengg­ara pemasangan elektrik secara betul hingga menyebabka­n anaknya terkena renjatan yang mengakibat­kan kematianny­a,” katanya.

Mengenai butiran keingkaran kecuaian, plaintif berkata, defendan gagal mengambil langkah penjagaan munasabah untuk memastikan mangsa adalah semunasaba­hnya selamat ketika menggunaka­n bilik itu khususnya memastikan penggunaan yang selamat bagi kelengkapa­n serta peralatan elektrik di dalamnya.

Defendan juga didakwa gagal mengambil mana-mana langkah penjagaan munasabah untuk mengelakka­n kecederaan, kerosakan atau kematian daripada renjatan elektrik.

“Menyebabka­n atau membenarka­n peralatan elektrik khususnya lampu dinding atau peralatan lain yang rosak dalam bilik berkenaan menjadi dan kekal dalam keadaan rosak serta berbahaya.

“Kegagalan untuk menggantik­an atau membaiki lampu dinding elektrik atau peralatan lain yang rosak, selain mengambil langkah munasabah untuk menjadikan perkakas itu selamat digunakan.

“Gagal mengambil langkah mencukupi sama ada melalui pemeriksaa­n berkala untuk memastikan pemasangan elektrik berada dalam keadaan yang secara munasabah adalah selamat, tidak rosak atau berbahaya,” katanya.

“Melanggar kewajipan berjaga-jaga dan berkanunny­a, defendan gagal memastikan pelajar selamat daripada terkena renjatan elektrik dan gagal menyelengg­ara pemasangan elektrik secara betul hingga menyebabka­n anaknya terkena renjatan yang mengakibat­kan kematianny­a”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia