Harian Metro

Lans koperal kena 24 dakwaan rasuah

-

Alor Setar: Jurubahasa mahkamah mengambil masa kira-kira 30 minit untuk membacakan 24 pertuduhan rasuah ke atas anggota polis berpangkat lans koperal yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Mohd Azlan Iswan, 35, yang dituduh menerima rasuah dengan nilai keseluruha­n RM9,600 antara 2017 hingga 2018 itu bagaimanap­un mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini.

Mengikut pertuduhan, anggota polis yang bertugas di Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik itu didakwa menerima RM400 bagi setiap transaksi di sebuah bank di Sungai Petani.

Wang berkenaan diterima daripada seorang penyelia sebuah syarikat melalui akaun simpanan milik tertuduh mulai 3 Januari 2017 hingga 4 Disember 2018.

Tertuduh didakwa dalam keadaan mengetahui syarikat terbabit mempunyai hubungan dengan kerja rasminya membabitka­n penugasan penguatkua­saan di bawah Akta Pengangkut­an Jalan 1987 terhadap lori milik syarikat itu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Noor Azura Zulkiflee dan Afiqa Liyana Rozman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan membenarka­n syarat tambahan yang dikemukaka­n pihak pendakwaan.

Tarikh sebutan semula ditetapkan pada 2 April ini bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.

Tertuduh kemudian membayar wang jaminan berkenaan di kaunter Kompleks Mahkamah Alor Setar.

 ?? ?? MOHD Azlan (kanan) didakwa menerima rasuah dengan nilai keseluruha­n RM9,600 antara 2017 hingga 2018.
MOHD Azlan (kanan) didakwa menerima rasuah dengan nilai keseluruha­n RM9,600 antara 2017 hingga 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia