Harian Metro

Lapang dada terima keputusan

Ingatlah bahawa usaha tidak pernah mengkhiana­ti hasil. Jadi kepada penyanyi, penulis lirik dan komposer yang bertanding, gandakan usaha kerana persaingan akan menjadi semakin sengit saban tahun

-

Ahad lalu menyaksika­n kejayaan penyanyi kelahiran Sarawak, Amir Jahari yang mengunggul­i Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 menerusi lagu Hasrat. Siapa sangka, karya yang dicipta untuk dijadikan runut bunyi filem Imaginur itu menamatkan penantian peribadi buat dirinya yang kali pertama diiktiraf di pentas AJL.

Kejayaan itu, sekali gus memberi peluang kepada Amir membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.

Naib juara AJL 38 pula menjadi milik lagu Sutera nyanyian dan ciptaan Aisha Retno dan MFMF. Mereka membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi.

Menduduki tempat ketiga adalah lagu Jangan Mati Rasa

Itu, nyanyian dan ciptaan Aina Abdul. Atas kemenangan itu, Aina menerima wang tunai RM30,000 dan trofi.

Pada masa sama, Aina juga berjaya mempertaha­nkan trofi Vokal Terbaik yang dimenangi tahun lalu.

Bagaimanap­un setiap kali penganjura­n AJL pasti ada kritikan daripada orang luar yang tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat juri profesiona­l.

Komen negatif yang dilemparka­n itu seolah-olah menggambar­kan penilaian yang dimuktamad­kan itu mempunyai unsur berat sebelah atau berniat jahat.

Namun begitu, sebagai penonton dan pemerhati kita seharusnya berlapang dada dan menerima setiap keputusan yang dibuat.

Seelok-eloknya kita meraikan kemenangan dan memberikan kata-kata semangat kepada mereka kerana sudah berjaya ke tahap terbaik.

Namun bagi yang tidak berjaya, janganlah pula kita rasa kehadiran mereka ‘diketepika­n’ atau tiada tempat untuk mereka.

Harus diingat 12 lagu yang terpilih bertanding di AJL mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri, namun yang membezakan hal itu adalah lagu manakah yang mencapai piawaian yang dicari barisan juri profesiona­l.

Sekiranya pertikaian seperti ini terus dibangkitk­an, ia akan menambah api kebencian sekali gus membuatkan penyanyi, komposer mahu pun penulis lirik akan menarik diri daripada bertanding pada masa mendatang.

Ini kerana, tipulah jika dikatakan setiap komen yang kalian tulis di media sosial tidak memberi pengaruh kepada mereka.

Percayalah mereka juga manusia biasa yang akan membaca setiap komen anda dan adakalanya mudah terpengaru­h dengan komen yang anda tinggalkan.

Sebagai peminat kita seharusnya meraikan kejayaan orang lain, bukan hanya menyokong artis pujaan semata-mata.

Anda perlu berpijak pada bumi nyata bahawa setiap tahun pasti ada lagu yang lebih baik termasuk kemampuan vokal yang dimiliki setiap penyanyi.

Jika kita lihat kehebatan penyanyi yang sudah memasuki pertanding­an AJL boleh dikatakan bertambah baik dari sudut penguasaan pentas, konsep persembaha­n, cara mengawal suara dan sebagainya.

Jadi janganlah pula kita asyik nak menidakkan kemenangan penyanyi sama sedangkan setiap orang menggandak­an usaha untuk menjadi lebih baik dan memenangi pertanding­an itu.

Justeru, penulis ingin mengingatk­an kepada peminat fanatik supaya jangan menabur kebencian atau meninggalk­an kata-kata tidak baik apabila artis kesayangan anda tidak menang, sebaliknya raikan yang berjaya dan berikan kata semangat buat artis pujaan anda.

Ingatlah bahawa usaha tidak pernah mengkhiana­ti hasil. Jadi kepada penyanyi, penulis lirik dan komposer yang bertanding, gandakan usaha kerana persaingan akan menjadi semakin sengit saban tahun.

Jadikan pentas ini sebagai semangat untuk berjaya dan mengangkat industri seni ke tahap yang lebih tinggi.

Penulis wartawan hiburan Harian Metro

Memelihara lisan perkara yang sangat dituntut dalam agama. Setiap kalimat yang dibicaraka­n dari mulut setiap insan akan dipertangg­ungjawabka­n di hadapan Allah SWT. Oleh kerana itu, sebaik-baik manusia adalah orang yang cermat untuk memperhitu­ngkan dan memerhatik­an setiap perkataan yang akan diucapkan.

Ketika kita membahaska­n mengenai memelihara lisan, ia bukan sahaja mengenai pertuturan, namun lebih daripada itu ia meliputi tulisan di media sosial, buku, akhbar dan sebagainya.

Terdapat banyak dalil mengenai memelihara lisan, antaranya dalam Surah al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu pihak (daripada lelaki) mencemuh pihak lelaki yang lain, (kerana) mungkin pihak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah pula sesuatu pihak daripada perempuan mencemuh perempuan yang lain, (kerana) mungkin pihak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka. Dan janganlah sebahagian kamu menyatakan keaiban sebahagian yang lain dan janganlah pula kamu saling memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruk sebutan nama fasik (kepada seseorang) setelah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat maka mereka itulah orang yang zalim.”

Selain itu terdapat banyak hadis nabi yang menyuruh untuk menjaga lisan, antaranya hadis yang diriwayatk­an oleh Imam Bukhari yang bermaksud: “Barang siapa beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” Imam asy-Syafii menjelaska­n makna hadis ini adalah ‘jika engkau hendak berkata-kata maka berfikirla­h terlebih dahulu, jika yang nampak adalah kebaikan maka ucapkanlah perkataan tersebut, namun jika yang nampak adalah keburukan atau bahkan engaku ragu-ragu maka tahanlah dirimu (daripada mengucapka­n perkataan itu).’

Berbalik kepada tajuk artikel ini, Ramadan adalah pentarbiah­an yang baik kepada diri merangkumi pelbagai aspek

 ?? ?? AMIR Jahari dinobat sebagai juara menerusi persembaha­n memukau dengan lagu Hasrat.
AMIR Jahari dinobat sebagai juara menerusi persembaha­n memukau dengan lagu Hasrat.
 ?? ??
 ?? ?? ELAKKAN mengeluark­an kata-kata tidak baik sepanjang berpuasa dan amat dianjurkan membaca al-Quran pada bulan mulia itu.
ELAKKAN mengeluark­an kata-kata tidak baik sepanjang berpuasa dan amat dianjurkan membaca al-Quran pada bulan mulia itu.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia