Harian Metro

PR1MA dijangka hadapi kesukaran penuhi obligasi bayaran balik sukuk

-

Kuala Lumpur: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) dijangka menghadapi kesukaran untuk memenuhi obligasi membuat bayaran balik sukuk berdasarka­n kedudukan kewanganny­a.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Mengenai Penyata Kewangan Agensi Persekutua­n Tahun 2022, ini kerana PR1MA dilaporkan mengalami kerugian bersih berjumlah RM0.257 bilion, manakala liabiliti pula berjumlah RM5.746 bilion pada 2022.

Katanya, antara sebab kerugian bersih adalah penurunan hasil jualan rumah dan komersial sebanyak RM0.435 bilion (33.7 peratus) kepada RM0.857 bilion pada 2022.

“Kedudukan tunai dan kesetaraan tunai PR1MA adalah sejumlah RM0.428 bilion. Baki pinjaman sukuk berjumlah RM3.792 bilion perlu dilunaskan hingga tahun 2027.

“Ia termasuk Sukuk Tranche 2 berjumlah RM1.750 bilion yang akan matang pada bulan Oktober 2024.

“Berdasarka­n kedudukan tunai itu, PR1MA akan menghadapi kesukaran untuk memenuhi obligasi membuat bayaran balik Sukuk Tranche 2 sejumlah RM1.750 bilion pada Oktober tahun ini.

“Pihak audit mendapati PR1MA akan menghadapi kesukaran untuk memenuhi obligasi membuat bayaran balik Sukuk Tranche 2 berjumlah RM1.750 bilion sekiranya unjuran hasil jualan rumah dan komersial gagal dicapai,” katanya melalui laporan terbabit.

PR1MA diwartakan pada 19 Disember 2012 di bawah Akta Perumahan Rakyat 1Malaysia 2012 (Akta 739) dengan fungsi utamanya adalah merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepk­an gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapa­tan sederhana.

Pada masa sama, pihak audit mendapati, bagi menambah baik tunai dan kesetaraan tunai PR1MA, antara perkara yang disyorkan diambil ialah menilai semula strategi pembanguna­n projek perumahan dan komersial berdasarka­n keperluan dan pasaran semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia