Harian Metro

Tak pernah minta duit sesiapa: Aman

-

Kuala Lumpur: “Demi Allah saya tak pernah minta duit daripada sesiapa kecuali Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT) dan rakan-rakan terdekat yang saya kenal rapat, tapi itupun menggunaka­n akaun bank lain.”

Itu kata pelakon, Aman Graseka yang akhirnya tampil bersuara selepas didakwa sering meminta bantuan kewangan daripada rakan artis, baru-baru ini.

Menjelaska­n perkara sebenar, Aman atau nama lengkapnya, Aman Shah Baharom Shah berkata, dia bukanlah seperti individu yang didakwa ramai dan ia adalah satu fitnah besar buatnya dan isterinya, Reena Arina.

“Sebelum semua ini viral, ada pihak kata saya sudah dua tahun minta bantuan, tapi saya tak pernah hubungi Sharifah Shahirah (Shiera) dan tiada nombor telefonnya.

“Jadi macam mana boleh tuduh saya hubunginya, sedangkan saya tiada nombor dia?

“Mahu dijadikan cerita, pelakon Aedy Ashraf hubungi saya, bertanya sama ada saya memerlukan bantuan. Saya tolak sebab okey sahaja tinggal di Kedah ini.

“Dari situ, Aedy maklumkan ada orang gunakan nama, nombor telefon dan akaun bank saya. Mujurlah Aedy bijak terus hubungi saya dan tanya kenapa rakan lain tak hubungi saya sendiri,” katanya.

Bapa kepada dua cahaya mata hasil perkahwina­nnya bersama Reena pada 2018 itu berkata, dia terus ke bank untuk mendapatka­n penjelasan mengenai perkara yang terjadi.

“Saya cakap kepada Aedy semua ini tipu dan selepas isu tular saya terus ke bank. Bila pergi ke bank, pengeluara­n duit ada, tapi duitnya tiada.

“Saya minta bank cetak senarai pemberi bantuan dan mereka maklumkan duit diterima ‘floating’. Saya pun tak faham salah siapa kerana akaun bank ini saya khaskan untuk bantuan seperti BRIM,” katanya.

Justeru, Aman berkata, ia kemungkina­n kegiatan scammer namun yang mendapat bahana adalah dirinya dan isteri.

Katanya, sehingga kini, ramai memandang serong kepadanya dan isteri hanya kerana salah faham.

“Kami kena scam, tapi orang tak percaya, tak mengapalah. Saya juga buat laporan polis. Polis pun pelik ke mana duit ini pergi. Ada pihak mempersoal­kan kenapa saya tak tampil buat penjelasan ketika itu,” katanya.

 ?? ?? AMAN Graseka
AMAN Graseka

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia