Harian Metro

Solarvest terima projek pasang solar di stesen Petronas

-

Kuala Lumpur: Cabang tenaga hijau Petronas, Gentari Sdn Bhd, melantik anak syarikat Solarvest Holdings Bhd, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk memasang sistem kuasa solar di lebih 300 stesen Petronas di seluruh negara.

Solarvest dalam satu kenyataan berkata, projek itu yang dianugerah­kan oleh anak syarikat Gentari, Gentari Renewables Sdn Bhd, adalah satu pencapaian utama dalam usaha peralihan tenaga Malaysia, menyumbang kepada matlamat tenaga bersih negara.

“Ia menunjukka­n komitmen alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang semakin meningkat dalam industri minyak dan gas serta mengukuhka­n kedudukan Solarvest sebagai pemain utama dalam peralihan tenaga Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Projek itu yang dijangka bermula bulan depan akan menyaksika­n pemasangan kapasiti solar lebih daripada 5.4 megawatt puncak (MWp) di lebih daripada 300 stesen Petronas.

“Sistem solar ini dijangka beroperasi pada 2027 dan dianggarka­n mengimbang­i sekitar 5,035 tan pelepasan karbon dioksida setahun,” katanya.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Solarvest Davis Chong Chun Shiong berkata, operasi minyak dan gas kini menyumbang kira-kira 15 peratus daripada jumlah pelepasan berkaitan tenaga di seluruh dunia, bersamaan dengan 5.1 bilion tan pelepasan gas rumah hijau.

“Projek ini menunjukka­n potensi tenaga solar untuk menyahkarb­on operasi perniagaan bahan api runcit.

“Perniagaan di Asia Tenggara sedang giat mencari penyelesai­an untuk mengemudi peralihan tenaga. Dengan mengguna pakai penyelesai­an tenaga boleh baharu seperti sistem fotovoltai­k solar, perniagaan mengambil langkah padu bagi memacu kelestaria­n dan mengurangk­an impak alam sekitar,” katanya.

 ?? ?? DAVIS
DAVIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia