Harian Metro

IMPIAN DJOKOVIC

Jaguh Serbia itu berhasrat rangkul emas di Sukan Olimpik Paris

- Reuters

Novak Djokovic bakal berusia 41 tahun ketika temasya Sukan Los Angeles tetapi pemain nombor satu dunia itu berkata dia tidak menolak kemungkina­n bertanding untuk pingat emas Olimpik pada 2028.

Jaguh Serbia berusia 36 tahun itu memiliki rekod 24 kemenangan Grand Slam tetapi hanya mampu meraih gangsa dalam empat aksi Olimpik dan kini dia mempunyai satu lagi peluang untuk menukar kilauan warna di pada musim panas.

“Semuanya di atas kad, cuma saya tak tahu berapa kad tinggal,” kata Djokovic sambil tersenyum ketika ditanya mengenai LA 2028 pada sidang media awal pagi semalam.

“Masih jauh untuk memikirkan Sukan Olimpik Los Angeles tetapi impian beraksi di sana membuatkan saya teruja. Tapi saya

“Masih jauh untuk memikirkan Sukan Olimpik Los Angeles tetapi impian beraksi di sana membuatkan saya teruja”

Paris masih belum benar-benar komited untuk itu,” katanya lagi.

Djokovic berkata dia lebih suka menetapkan perancanga­n tahun demi tahun bergantung kepada ketahanan tubuh dan tahap motivasi.

“Persaingan semakin sukar tetapi saya masih sukakan sukan ini dan saya masih bertanding pada tahap tertinggi.

“Saya masih nombor satu, jadi saya rasa akan teruskan perjuangan dan berusaha mencipta sejarah,” katanya.

Djokovic memburu gelaran keenam Indian Wells selepas gagal memasuki Amerika Syarikat sejak lima tahun lalu susulan larangan berkaitan pandemik Covid-19.

Dia menjuarai kejohanan itu tiga kali berturrut-turut antara 2014 sehingga 2016 tetapi disingkirk­an pemain Jerman, Philipp Kohlschrei­ber dalam penampilan terakhir pada 2019.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia