Harian Metro

KURANG SABAR ‘MAKAN DIRI’

Ee Wei, Tang Jie ditunjukka­n jalan keluar oleh beregu China

- Oleh Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Menjelang aksi Seluruh England yang akan bermula Selasa ini, sesuatu perlu dilakukan oleh beregu campuran negara, Cheng Tang Jie-Toh Ee Wei kurang dari lima bulan menjelang temasya Olimpik Paris Ogos ini.

Aksi mereka bagaikan tak kena apabila sekali lagi tersingkir di pusingan awal apabila tewas di pusingan kedua Terbuka Perancis, kelmarin.

Mereka ditunjukka­n jalan keluar oleh pilihan keempat kejohanan dari China,

Feng Yan Zhan-Huang Dong Ping 18-21, 14-21 pada aksi di Arena Porte de la Chapelle di Paris, lapangan yang akan menjadi saingan di temasya Olimpik nanti.

Ee Wei mengakui mereka melakukan banyak kesilapan yang menjadi punca kepada kekalahan kepada pasangan lawan.

“Kami buat banyak kesalahan sebab itu kami tewas dalam perlawanan ini.

“Kami seharusnya kena lebih banyak sabar dan yakin dengan diri sendiri,” kata Ee Wei kepada Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) selepas tamat

“Kami buat banyak kesalahan sebab itu kami tewas Ee Wei

perlawanan.

Tampaknya undian nyata tidak menyebelah­i mereka apabila akan berdepan laluan getir di Seluruh England menentang juara dunia 2021 dari Thailand, Dechapol Puavaranuk­roh-Sapsiree Taerattana­chai di pusingan pertama.

Jurulatih negara, Nova Widianto pastinya perlu mencari resipi terbaik untuk memastikan pemainnya bangkit melakar kemenangan.

Rekod nyata memihak kepada pasangan Thailand itu dengan Tang Jie-Ee Wei hanya menang sekali ke atas pasangan itu dalam enam pertemuan sebelum ini.

Dua pertemuan terakhir antara kedua-dua pasangan itu yang berlangsun­g tahun ini iaitu di pusingan kedua Terbuka India dan final Masters Thailand turut memihak kepada Dechapol-Sapsiree.

Satu-satunya kemenangan yang dicatat Tang Jie-Ee Wei adalah ketika suku akhir Terbuka Artik di Finland pada Oktober tahun lalu. Pada edisi Seluruh England tahun lalu, Tang Jie-Ee Wei terkandas di pusingan pertama selepas tewas di tangan pasangan Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo.

 ?? ?? AKSI Ee Wei (kanan) dan Tang Jie ketika menetang pasangan China pada pusingan kedua Terbuka Perancis.
AKSI Ee Wei (kanan) dan Tang Jie ketika menetang pasangan China pada pusingan kedua Terbuka Perancis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia