Harian Metro

Perkataan ‘bapa’ dalam perlembaga­an pelik: Anwar

-

Petaling Jaya: Kerajaan akan membentang­kan pindaan Perlembaga­an Persekutua­n berkaitan dengan hak kewarganeg­araan anak yang lahir luar negara di Parlimen, bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pindaan itu antara lain membabitka­n Perkara 14(1)(b) Perlembaga­an Persekutua­n yang mentakrifk­an bahawa ibu bapa itu hanya merujuk kepada bapa.

Justeru beliau berharap pindaan itu akan mendapat sokongan semua Ahli Parlimen.

“Kalau masih tidak boleh terima kenyataan dan perubahan ini, saya fikir (mereka) tidak layak menjadi Ahli Parlimen,” katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2024, kelmarin.

Disember lalu, Jabatan Peguam Negara sedang merangka draf cadangan pindaan Perlembaga­an Persekutua­n berkaitan hak kewarganeg­araan anak yang dilahirkan di luar negara hasil perkahwina­n wanita rakyat tempatan dengan lelaki warga asing.

Draf berkenaan dibuat bagi meminda Perkara 14(1)(b) untuk memasukkan perkataan ibu dengan tujuan membolehka­n kewarganeg­araan anak diperoleh secara kuat kuasa undang-undang.

Dalam pada itu, Anwar menyifatka­n, perkataan ‘bapa’ dalam Seksyen 1(b) Bahagian II Jadual Kedua Perlembaga­an Persekutua­n sebelum ini agak pelik.

“Dalam Perlembaga­an parents bagi perkataan Bahasa Inggeris adalah Father (bapa), saya tidak pernah dengar bahawa parents itu merujuk kepada bapa.

“Parents adalah ibu dan bapa, bagi saya itu (merujuk kepada father sahaja) adalah pelik. Jadi kita akan ubah segera, jadi perkataan bapa itu akan digantikan kepada ibu bapa atau sekiranya ibu dan bapa tidak sekali (bercerai), ia akan menjadi ibu atau bapa,” katanya.

Malah beliau berkata disebabkan isu itu, kerajaanny­a terpaksa bergelut selama bertahun-tahun bagi menguruska­n masalah berkenaan.

“Kita bentang pada Majlis Raja-Raja Melayu dan sukacita dimaklumka­n, bahawa istilah bapa yang diiktiraf dalam Perlembaga­an itu, dari segi hak anak warganegar­a, akan digantikan kepada ibu bapa atau ibu atau bapa

“Saya bersyukur Alhamdulil­lah dan setelah begitu lama puluhan tahun perkara ini dibangkitk­an, Kerajaan Madani di bawah Menteri Pembanguna­n Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, dapat lakukan pindaan sangat beerti ini,” katanya.

Hak anak warganegar­a akan digantikan kepada ibu bapa atau ibu atau bapa

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia